bilik darjah tidak digunakan SJKC Eik Choon |
Tinjauan bersama Exco Perumahan, Dato' Hj. Phahrolrazi Zawawi ke lokasi kejadian mendapati kebanyakan bumbung rumah diterbangkan angin dan mengalami kerosakan pada struktur binaan rumah.Kebanyakan perkakas rumah di bahagian atas juga rosak disebabkan terkena air hujan.
YB Phahrolrazi ketika ditemui sebagai berkata,"Semua ahli MKK dan Penghulu di setiap kawasan telah digerakkan untuk mengenalpasti bilangan mangsa yang terlibat dan mangsa yang terjejas teruk bagi membolehkan bantuan kecemasan disampaikan dengan kadar segera sementara menanti bantuan susulan dari Kerajaan Negeri".
sumbangan diterima Penolong Kanan SJKC Eik Choon. |
posisi atas bangunan. |
Katanya lagi, mangsa juga digesa melaporkan masalah kepada Penghulu kawasan bagi mengelak sebarang keciciran berlaku,berikutan keadaan cuaca tidak menentu yang menyukarkan tugas tinjauan.
Lawatan seawal pagi ke Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Eik Choon Bt.6, bagi melihat kerosakan bangunan yang menyebabkan satu kelas tidak dapat digunakan semasa sesi persekolahan berlangsung. Maklumat diketahui hasil aduan dari Pihak Sekolah tersebut.
Mangsa ribut |
mendengar keluhan masalah. |
Dalam pada itu, mangsa di sekitar Kg Alor Ibus juga mendapat perhatian hasil kunjungan YB Phahrolrazi ke kawasan terbabit. Antara mangsa seorang warga emas ketika dikunjungi sedang membersih dan mengalih barangan dari terkena hujan akibat kerosakan bumbung rumah.
Sumber melaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakan (JKM ) juga sedang giat melakukan bancian terhadap mangsa ribut di beberapa kawasan terlibat. Orang ramai yang terjejas akibat ribut diminta memberi maklumat diri seperti Nama Penuh, Alamat dan No. Kad Pengenalan kepada Ahli MKK dan Penghulu kawasan masing-masing untuk tindakan segera.