Kami mengucapkan...

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.

17 Disember 2009

Masalah Sampah Selesai - EXCO


Ali Hashim

ALOR SETAR, 16 Dis: Masalah sampah yang menjadi perbualan hangat di negeri Kedah sebelum ini akan diatasi setelah pengambilan kerja-kerja pembersihan di swastakan kepada syarikat pelupusan sisa pepejal Environment Idaman (E-Idaman).

Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Jalan Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Katanya, syarikat ini telah mengambil alih tugas pembersihan dua belas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ada dalam negeri ini kecuali Majlis Daerah Yan yang masih dalam proses perbincangan untuk pengambilalihan tugas-tugas tersebut.

"Adalah sesuatu yang tidak tepat apabila ada sesetengah pihak mendakwa tahap kebersihan yang ada di negeri ini tidak berbeza seperti dahulu sedangkan tugas-tugas pembersihan yang telah dilaksanakan oleh syarikat tersebut adalah pada tahap yang baik.

"Sekiranya masih terdapat beberapa kawasan yang didapati tahap kebersihannya tidak memuaskan maka masyarakat boleh membuat aduan supaya tindakan bagi mengatasi masalah tersebut dapat dilakukan dengan segera," katanya.

Menurut beliau lagi bagi membolehkan tugas pembersihan ini dilaksanakan dengan sempurna oleh E-Idaman maka perjanjian antara PBT dan syarikat tersebut telah disempurnakan pada 25 November yang lalu.

Perjanjian fasa pertama yang telah dilakukan pada 27 Oktober yang lalu melibatkan PBT dan syarikat ini ialah Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Padang Terap, Majlis Bandaraya Alor Setar, Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Kulim-Hi Tech dan juga Majlis Daerah Kubang Pasu, katanya.

15 Disember 2009

Potongan 25% Lunaskan Hutang Biasiswa


Oleh: AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 9 Disember: Lembaga Biasiswa Negeri Kedah menawarkan potongan 25 peratus kepada peminjam biasiswa berkenaan sekiranya mereka mahu melunaskan hutang manakala peminjam yang sengaja tidak mahu menjelaskan hutang akan dikenakan tindakan tegas.

Sekiranya peminjam masih berdegil, Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan tegas dengan mendaftarkan nama mereka termasuk penjamin dalam sistem CTOS (Credit Tips Services) untuk disenarai hitamkan selain tindakan mahkamah, kata . Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Sri Azizan Abdul Razak pada sidang media selepas mempengerusikan mensyuarat mingguan Exco di sini.

Ujarnya, sehingga kini peminjam yang tidak aktif merekodkan hutang sebanyak 3,096 orang melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM18,373,061. Lembaga Biasiswa Negeri Kedah hanya dapat mengutip balik pinjaman daripada 1,088 penerima sahaja. Tahun ini jumlah kutipan sebanyak RM1.37 juta setakat November manakala sebanyak RM1.69 berjaya dikutip pada tahun lalu.

“Kita menawarkan potongan 25 peratus ini untuk menggalakkan mereka membayar balik hutang. Bagaimanapun peminjam perlu menjelaskan baki pinjaman sekali gus untuk mendapat tawaran potongan 25 peratus yang berkuatkuasa Januari depan,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri memandang serius isu pembayaran balik kerana melibatkan wang rakyat dan akan digunakan untuk pelajar-pelajar selepas mereka dari tahun ke tahun.

Sekiranya peminjam sudah meninggal dunia penjamin tidak akan dituntut membayar hutang penerima pinjaman yang dijamin sebaliknya waris peminjam perlu menjelaskan hutang melalui kaedah yang disetujui.

Selain itu untuk mendapatkan balik wang yang dipinjam, majikan juga boleh memberi kerjasama bagi melangsaikan hutang pekerja mereka menerusi skim potongan gaji.

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah akan menghantar permohonan untuk potongan gaji kepada majikan peminjam berkenaan, sekiranya mereka masih enggan membayar.


Beliau berharap cadangan ini mendapat sambutan majikan dan peminjam Setakat ini Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah memberi kerjasama menerusi skim potongan gaji di kalangan kakitangannya. Lain-lain cara untuk mendapatkan balik hutang pinjaman pelajaran ini ialah kempen dari rumah ke rumah setiap peminjam yang degil untuk membayar.

07 Disember 2009

Kerajaan Terus Jelaskan Isu Kuata Perumahan

ALOR SETAR, 6 Disember: Isu kuota perumahan melibatkan ramai orang di mana isu ini sudah berlarutan sejak dua tahun lalu dan isu ini juga boleh disalahfaham sekiranya diadakan secara terbuka.
Isu ini bukan isu perkauman tetapi isu rakyat dan kita (Kerajaan Negeri) tidak dapat memuaskan hati semua serta tidak berlaku kezaliman dan penindasan terhadap rakyat dan kita jamin semua rakyat mendapat rumah tidak kira golongan miskin, miskin tegar dan tidak tegar.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Sumber Air, YB. Dato’ Phahrolrazi Zawawi berkata, Kerajaan Negeri tidak mahu meneruskan sikap penjajah tetapi apa yang kita mahu ialah inginkan satu generasi yang baru untuk jangka masa yang panjang bagi mendiami perumahan baru.

“Secara tidak langsung, ia mampu mewujudkan golongan rakyat yang bersatu padu dalam membina rumah yang mampu dibeli oleh rakyat di negeri ini di mana matlamat kita ialah untuk jangka masa yang panjang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat isu kuota perumahan 50-50 dan isu perumahan Negeri Kedah di Bilik Gerakan, Wisma Darul Aman, di sini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri turut membuat sedikit perubahan tentang isu kuota perumahan iaitu sekurang-kurangnya dijual 30 peratus kepada Melayu dan selebihnya adalah terbuka. Itulah tafsiran yang sebenarnya.
Mengenai kuota 50 peratus rumah dasar Kerajaan baru Negeri Kedah tidak timbul tentang isu kuota ini di mana untuk tanah simpanan rakyat, 100 peratus hendaklah dijual kepada Melayu.

“Bagi tanah zon simpanan Melayu tetapi terletak dalam zon bukan Melayu, kuotanya ialah sekurang-kurangnya 30 peratus untuk Melayu dan sekiranya tanah itu terletak di luar zon Melayu dan bukan Melayu, sekurang-kurangnya 30 peratus dijual kepada orang Melayu,” jelasnya.

Untuk Langkawi, katanya, terdapat kuota untuk Zon Langkawi di mana tanah simpanan Melayu yang berada dalam zon bukan Melayu, sekurang-kurangnya kuota Melayu adalah 50 peratus.

YB. Dato’ Phahrolrazi berkata, dari segi kuota, tidak ada perubahan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri di mana kuota perumahan tidak diubah dan tanah rezab Melayu adalah 100 peratus Melayu.

“Contohnya apabila dibuat cabutan (untuk tanah di Kubang Pasu dan Pokok Sena) di mana sekiranya tanah di Kota Setar untuk 10 ekar, apabila dibuat cabutan di Kubang Pasu adalah 50 peratus. Ini bermakna kuota bagi Melayu sekurang-kurangnya 30 peratus,” ujarnya.

Kebakaran yang berlaku di Kodiang baru-baru ini, katanya, Kerajaan Negeri turut meluluskan kuota berkenaan kerana terdapat keperluan di mana jaminan Kerajaan sudah termaktub dalam perlembagaan.

“Kita ingin menjamin rakyat yang tinggal di situ mendapat rumah dan kita ada keperluan untuk orang Melayu membeli rumah dan sekiranya pemaju menyiapkan sebanyak 100 unit rumah, 10 unit rumah berkenaan boleh dijual kepada orang Melayu,” katanya.

Untuk Negeri Kedah, jelasnya, 77.5 peratus adalah Melayu dan 13.86 peratus adalah Cina, India (6.81 peratus) serta lain-lain bangsa (1.98 peratus).
Untuk kuota perumahan, syarat-syarat turut diperketatkan iaitu pemohon boleh membuat permohonan dalam masa sembilan bulan tetapi sekarang ialah 12 bulan (sijil layak menduduki).

“Banyak pemaju yang datang berjumpa dengan saya tidak menghadapi masalah dalam isu kuota perumahan ini dan pembeli perlu memberi maklumat yang tepat untuk mendapatkan rumah yang ingin dimiliki mereka,” tambahnya.

MKK Perlu Tingkatkan Ekonomi Basmi Kemiskinan

ALOR SETAR – Kerajaan negeri sentiasa berusaha mencari peluang-peluang industri, pekerjaan, perniagaan serta meningkatkan kemasukan pelabur ke dalam negeri dalam usaha menyediakan pelbagai ruang menambah pendapatan untuk faedah seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa serta fahaman politik, di mana sistem perlu demokrasi diamalkan.

Kerajaan berperanan sebagai perancang dan pelaksana, namun rakyat perlu menyiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengambil kesempatan daripada pembangunan yang dijalankan.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato’ Haji Ir. Phahrolrazi Haji Zawawi memberi nasihat sedemikian pada Seminar Pengukuhan Majlis Ketua Kampung / Ketua Komuniti Peringkat Daerah Kota Setar 2009 yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar.

“Adalah menjadi tanggungjawab ketua kampung memastikan penduduk kampung bawah seliaannya tingkatkan pendapatan mereka bagi memastikan langkah membasmi kemiskinan dapat ditingkatkan.

“Kita (ketua kampung) boleh buat program dengan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan yang ada untuk tingkatkan pendapatan penduduk kampung.

“Kita juga perlu pastikan penduduk kampung khususnya, ambil peluang atas pembangunan yang kerajaan wujud melaui pelaburan yang dibawa masuk, industri, pekerjaan, jika tak ambil peluang ini, orang luar yang datang ke Kedah bekerja di sini, buat sewa rumah, buka kedai dan sebagainya.

“Kerajaan boleh buat perancangan, tetapi kita yang perlu ambil kesempatan ini, kita (kerajaan) tak bagi duit secara langsung, itu bukan cara kerajaan sekarang, kita nak bina rakyat yang berdikari, punya keupayaan sendiri, bersedia untuk bekerja daripada ekonomi negeri Kedah yang sedang membangun sekarang,” jelas beliau.

Tambah beliau, ketua kampung atau ketua komuniti yang merupakan pemimpin di akar umbi dalam sistem pentadbiran kerajaan akan terus memberi khidmat kepada rakyat tanpa menggira agama, bangsa serta fahaman politik, di mana sistem perlu demokrasi diamalkan.

11 November 2009

Majlis Khatan Ramai-ramai 2009

Sekitar gambar majlis berkhatan beramai-ramai di Dewan Al Amin Telok Bagan seramai 34 orang peserta. Kelihatan Wakl Khas YB ADUN Pengkalan Kundur dan Setiausaha MTD Pengkalan Kundur serta wakil Dewan Pemuda sedang memberi cenderahati kepada kanak-kanak yang berkhatan pada Jumaat, 4 Dis. 2009































22 Oktober 2009

Gambar sekitar Rumah Terbuka YB pada 1 Okt. 2009







27 September 2009

SUMBANGAN SEMPENA AIDIL FITRI


SUMBANGAN AIDIL FITRI DI SAMPAIKAN OLEH ADUN PENGKALAN KUNDOR PADA 14 SEPTEMBER 2009

25 Ogos 2009

Hari Pengundian Permatang Pasir





Speaker DUN Kedah enggan timbang keputusan

ALOR SETAR 24 Ogos - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Abdul Isa Ismail tidak akan menimbangkan semula keputusan mahu wakil rakyat Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif digugurkan kerana gagal menghadiri persidangan DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenarannya.

Tegasnya, beliau tetap dengan pendiriannya itu kerana tiada ruang untuk membuat pertimbangan mengikut peruntukan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sekalipun berasaskan budi bicara.

"Nak timbang macam mana kerana peruntukan itu begitu tegas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas permintaan agar menimbangkan semula keputusannya yang mahu Abu Hasan mengosongkan kerusinya berdasarkan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Mohd. Johari Baharom semalam dilaporkan berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas seharusnya menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri itu daripada memenuhi kepentingan diri semata-mata.

"UMNO tidak menafikan kesalahan Abu Hasan tetapi perkara itu boleh diselesaikan tanpa melalui pilihan raya kecil," katanya.

Abdul Isa berkata, dalam soal ini, ADUN Kota Siputeh itu tidak seharusnya meminta maaf kepada beliau berhubung kegagalan menghadiri sidang DUN kerana mendakwa kesalahan itu dilakukan Abu Hasan kepada pengundi di kawasannya.

Katanya, Abu Hasan perlu bertanggungjawab mengenai tindakannya itu kepada rakyat di DUN berkenaan dan sewajarnya meminta maaf kepada mereka.

"Saya tiada kuasa untuk memaafkan ADUN Kota Siputeh daripada sudut itu kerana kesalahan itu pada rakyat.

"Saya hanya melaksanakan apa yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah," katanya.

Sehubungan itu, kata Abdul Isa, beliau sedang menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Isu Abu Hasan menjadi kontroversi selepas Abdul Isa menulis surat kepada SPR memaklumkan kerusi Kota Siputeh kosong kerana Abu Hasan dua kali berturut-turut tidak hadir persidangan DUN tanpa kebenaran Speaker pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Mengikut Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, mana-mana anggota DUN yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker maka kerusi itu hendaklah dikosongkan.

Abdul Isa sebelum ini bertegas dengan keputusannya dan menolak penjelasan Abu Hasan bahawa beliau sakit dan turut menolak permohonan maafnya.