Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak hadir ke kawasan bagi meninjau keadaan mangsa disamping menyampaikan bantuan kecemasan kepada mangsa.
Katanya, Kerajaan bersiap sedia bagi menghadapi musibah banjir namun bencana alam tidak dapat diduga. Oleh itu kita masih bersyukur musibah yang menimpa masih lagi dapat kita hadapi.
Majlis penyampaian bantuan segera telah disempurnakan di Dewan Sekolah Taman Bersatu oleh MB Kedah dengan kehadiran MP Kuala Kedah ,Exco serta Wakil Rakyat kawasan.
Jentera PAS Unit Amal dan MKK kawasan turut dikerah bagi membantu mangsa ribut .
Bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyusul selepas bancian kerosakan dibuat dengan kadar segera.