Penduduk yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan mengambil kesempatan meluahkan masalah yang dihadapi melalui Jawatankuasa Perunding yang terdiri daripada JKK dan JKKKP yang menganggotai JAKSA tersebut.
Majlis dialog serta perbincangan diadakan di sebuah rumah penduduk kawasan Taman Nelayan dengan dihadiri rombongan Exco Bahagian Perumahan, Dato' Ir. Hj. Phahrolrazi Zawawi bersama beberapa wakil penting dari Setiausaha Kerajaan Bahagian Perumahan En. Safwan , En. Abdul Hamid wakil Majlis Bandaraya Alor Setar dan beberapa staf yang lain.Turut hadir YB Nasir Mustafa ADUN Kubang Rotan yang menjadi orang tengah dalam perbincangan ini.
YB Phahrolrazi dan En. Safwan SUK Bahagian Perumahan |
Reaksi dari YB Phahrolrazi Zawawi menyatakan masalah yang berlaku diharap diselesaikan dengan baik serta tidak berakhir dengan keputusan mahkamah sebagai pihak ketiga yang mana akan merugikan sebelah pihak. Oleh itu, keputusan yang akan dibuat perlu sepakat dan memuaskan hati semua pihak serta mendatangkan faedah kepada penduduk setempat dan tidak dibiarkan berlarutan.
JAKSA Perunding menarik nafas lega setelah beberapa isu yang dikemukakan mendapat persetujuan pihak Kerajaan Negeri. Bagi masalah-masalah yang rumit akan dibincangkan semula oleh SUK Bahagian Perumahan dalam menentukan jalan terbaik.
YB Nasir serta barisan Jaksa Perunding penduduk setempat. |
tempat perbincangan. |
Kerjasama dari kedua-dua belah pihak diharap dapat dipereratkan dengan perbincangan semasa ke semasa.
Syabas kepada penduduk Taman Nelayan atas kerjasama anda.