KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

16 Mac 2011

Diari YB: Melawat Mangsa Ribut

Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri ganti segera bumbung rumah

Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
Rabu, 16 Mac 2011 11:39 -


ALOR SETAR – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi
dan YB Dr Ismail Salleh melawat mangsa ribut di Taman Wira Blok B untuk melihat sendiri keadaan rumah mangsa bagi memastikan kerugian yang dialami.

Ribut pada 13 Mac telah menyebabkan 36 rumah serta surau mengalami kerosakan dan ianya
perlu dibaiki segera untuk mengelakkan daripada dimasuki air hujan.

Menurut YB Dr Ismail, Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri mengambil tindakan serta merta bagi menggantikan bumbung rumah yang rosak.

“Sejurus selepas kejadian, pihak Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri mengambil tindakan pantas dengan melantik kontraktor bagi membaiki bumbung dengan serta merta, dan kerja-kerja ini turut dibantu oleh penduduk setempat,” ujar beliau yang juga ADUN Angkat Bakar Bata.

Seorang penduduk, Fatimah Ahmad, 46, berkata, sewaktu kejadian, beliau bersama ibu, anak-anak dan cucu sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan kejadian itu.
“Sedang kami tonton televisyen, tiba-tiba ada bunyi kuat di atas bumbung rumah, tengok-tengok, bumbung di ruang tengah rumah dah tak ada. “Kami semua berasa takut, ibu saya yang berumur 86 tahun duduk dalam ketakutan di hujung rumah sambil menutup kepalanya dengan bakul kain, manakala anak saya lari lintang pukang bawa anaknya yang berusia enam bulan,” jelas beliau.

Manakala Jaafar Ismail, 64, sehari selepas kejadian, rumah beliau bagaikan ‘banjir’ disebabkan
hujan lebat dan bumbung rumah beliau masih belum berganti.


“Ribut hari Ahad, hari Isnin hujan lebat, jadi air masuk dalam rumah, barang-barang pun basah,
bumbung rumah kami tak sempat digantikan pada hari Ahad,” ujar beliau.

dipetik dari warta darulaman.