Pejabat PKWR Dun Pengkalan Kundor telah menganjurkan suatu Gotong Royong Perdana bertempat di Pekan Kota Sarang Semut pada 29 Ogos 2008. Program tersebut dengan kerjasama Penghulu Mukim Sala Kechil dan penduduk setempat (semua kaum), pegawai polis serta Pekerja Majlis Bandaraya Alor Star.
Program bermula jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Persekitaran yang terlibat adalah Pekan Kota Sarang Semut, Taman Impian, Taman Gemilang, Taman Kota Jaya, Taman Kota Sarang Semut dan Kawasan persekitaran mesjid Kota Sarang Semut.
Gotong royong ini adalah sebagai permulaan bagi menggerakkan kerjasama seterusnya yang akan dipelopori oleh Majlis Ketua Kampung/Komuniti. "Apa yang diharapkan program ini akan diadakan dari semasa ke semasa," ujar Dato' Ir. Hj. Phahrolrazi bin Haji Zawawi, exco Kerajaan Negeri Kedah yang juga Adun Pengkalan Kundor. Dalam pada itu juga Yang Berhormat Dato' sempat menziarahi kematian seorang warga Cina dalam Taman Kota Jaya.