FORUM : MAT INDERA- PEJUANG ATAU PENGKHIANAT KEMERDEKAAN?
P/S: (admin) ramai lagi pakar ,guru dan pendukung sejarah belum nyatakan pendirian...mari sama2 nyatakan apa yang sebenarnya tersirat dan tersurat disebalik lipatan sejarah yang diterapkan.
teringat masa dok blaja sejarah dulu...punya la rasa yang sejarah tu tak ada lagi pertikaian dah..
sekarang rasa menarik pulak bila tengok dari sudut yang berbeza dan penuh detail...tokoh2 terlalu banyak disebut dalam buku sejarah sekolah, namun hanya berapa kerat sahaja yang dianggap pejuang sebenar untuk negara, tokoh2 lain x tau dilabelkan sebagai apa., sekadar peristiwa sja ka?..klau diikutkan logik..x mungkin perjuangan akan berjaya hanya dengan beberapa individu sahaja tanpa rantaian peristiwa dan desakan yang lain ke arah memerdekakan negara...meh kita cari kebenarannya,pakat2 pikiaq.
Sejuta penghargaan dan kalungan Al-fatihah kepada pejuang2 sebenar yang mengerah keringat , bermandi darah serta berkorban nyawa demi kedaulatan negara sempena memperingati Hari Kemerdekaan..