KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

16 September 2011

Pengundi MyKad Palsu mesti ditangani dengan serius!



Pemuda PAS dedah pengundi 'Mykad palsu' setiap hari

Mulai hari ini, Pemuda PAS akan mendedahkan setiap hari, 10 pengundi yang didakwa didaftar dengan 'MyKad palsu', dalam usahanya untuk memberi tekanan terhadap kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat penyelewengan pilihan raya.

Ramai nama pemegang MyKad seumpama itu telah dibuang dari senarai daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak dua bulan lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat turut menggesa kerajaan segera mendakwa mereka yang bertanggungjawab mengeluarkan 'MyKad palsu' untuk memanipulasi pilihan raya.

Setiap pengundi ini, kata Suhaizan, mempunyai nama yang
sama dengan pengundi lain, tetapi nombor MyKad berbeza sedikit. Mereka ini dikenali sebagai 'pengundi klon'.

johor pas chief suhaizan kaiatNama mereka tersenarai dalam daftar pengundi, tetapi dibuang sebaik sahaja didedahkan oleh PAS.

Ada antara mereka yang tidak mempunyai alamat dalam rekod mereka dan ini dikesan dalam lamanweb SPR sebelum nama mereka dibuang.

Motif di sebalik pengeluaran KP

Pemuda PAS mengesyaki MyKad yang dikeluarkan kepada Mereka adalah palsu, bagi membolehkan mereka mengundi dua kali dalam pilihan raya.

Satu contohnya ialah Shodah binti Abdul Rahman, yang mempunyai dua pendaftaran dalam senarai daftar pemilih, dengan dua nombor Mykad yang hampir sama - 550620055800 dan 560620055412 - di kawasan Parlimen Titiwangsa.

Selepas Pemuda PAS mendedahkannya kepada pihak media, SPR telah membuang pendaftaran kedua (560620055412) dari senarai daftar pemilih.

Suhaizan memberitahu sidang akhbar semalam bahawa pihaknya telah mengesan lebih 10,000 kes seumpama itu dalam daftar pemilih yang telah diwartakan.-MK

P/S:(Admin) isu ini dilihat tenggelam timbul saja.. langkah yang lebih drastik dan berkesan perlu diambil, dan desakan yang berterusan sekiranya perlu..kalau boleh, usulkan satu bentuk akta keselamatan untuk menangani masalah salah laku dan pinda maklumat negara. ,bukan main senang ja depa dok bedak(bahagi-bahagi) orang..merbahaya dengan peningkatan mendadak populasi penduduk malaysia secara tidak terkawal..takut lama-lama bertambah pelbagai bangsa lagi dalam malaysia nih..yang paling utama isu kewarganegaraan dan daftar pengundi menjadi benteng yang perlu dipertahankan oleh seluruh warga malaysia bagi kemakmuran mendatang. sekian.