KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

02 Julai 2011

Perasmian Cawangan PAS Simpang Jaya

Jumaat, Simpang Empat- Pas Kuala Kedah hari ini menambah satu lagi cawangan baru bagi UPU simpang empat selepas jumaat sebentar tadi.Majlis perasmian serba ringkas telah berlangsung di salah sebuah rumah Ahli Pas di Taman Simpang jaya kira-kira jam 4 petang.


Majlis bermula dengan Ucapan Aluan oleh Ustaz Abdullah selaku Pengerusi Penaja cawangan simpang jaya merangkap MKK Taman Simpang Jaya. Didalam ucapannya beliau akan sedaya upaya memberi komitmen penuh dalam menerima tanggungjawab selaku ketua cawangan dalam mengatur aktiviti dan gerak kerja 
bagi kawasan terbabit. 


Beliau yang baru sahaja bersara bulan lalu menegaskan bahawa keterlibatannya bersama parti politik Islam PAS bukanlah sesuatu yang baru, bahkan telah mula bergiat sejak dulu, namun beza pada kali ini ialah tanggungjawab sebagai ketua cawangan di kawasan terbabit.


Ahli-ahli Pas kawasan Simpang Empat sebelum ini terpaksa menggunakan khidmat cawangan luar kawasan mereka berikutan  ketiadaan cawangan di kawasan terbabit. Kini kembali semangat dengan pembukaan cawangan itu.


Berikutnya adalah Ucapan oleh YDP PAS Kuala Kedah bagi merasmikan cawangan PAS Simpang Jaya.


Beliau menyebut, Politik tidak seharusnya dianggap untuk masuk pilihanraya semata, tetapi adalah untuk menentukan pemerintahan terbaik sebagaimana pentadbiran islam yang diterima hasil pembawakan RasuluLlah S.A.W serta diiktiraf oleh masyarakat pelbagai bangsa dan agama.


Katanya lagi, Islam tidak menerima gerakan bersendirian atau berseorangan melainkan melalui jemaah islam yang ada.


Oleh itu penubuhan cawangan- cawangan dilihat positif sebagai jaringan maklumat dan dakwah kearah pemerintahan yang diterima oleh semua pihak.


Turut hadir AJK Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Mr. Eng Lai Hok, Cg. Darus serta beberapa MKK dan juga ahli Pas.








Seterusnya Penyerahan Borang Keahlian PAS seramai 36 orang oleh Ustaz Abdullah kepada Dato Phahrolrazi. Majlis berakhir dgn jamuan petang kira-kira jam 5.