KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

11 Mei 2011

Permintaan rumah semakin tinggi

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
Selasa, 10 Mei 2011 11:13 - Terakhir Dikemaskini Selasa, 10 Mei 2011 11:39



ALOR SETAR, 9 Mei – Keperluan rumah ketika ini adalah sebanyak 117,000 unit rumah
sepertimana yang diperlukan oleh Jawatankuasa Perancang Bandar bagi memenuhi
permintaan rakyat di negeri ini.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar
Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB. Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi, kawasan Daerah Kuala Muda
dan Kulim terdapat bekalan perumahan yang berlebihan berbanding lain-lain daerah di negeri
ini.


“Apa yang kita dapati, kadar perumahan belum memenuhi permintaan dan lebih 80 peratus
rumah dibina oleh pemaju swasta dan 20 peratus lagi dibina oleh agensi kerajaan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pusat Pameran dan Pemasaran Hartanah dan
Menandatangani MoU di antara Darulaman Aset Sdn Bhd (DASB) bersama Pemaju Hartanah
dan Perumahan Malaysia (REHDA) di Perkarangan Utama Wisma Perbadanan KemajuanNegeri Kedah (PKNK), di sini.


“Ini tidak dikira pada tahun 2010 di mana hampir 60 peratus penduduk tinggal di taman-taman
yang tersusun bukan di kampung-kampung tradisi atau astet-astet,” katanya.


Beliau yang mewakili Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberitahu,
keperluan rumah cukup meningkat dan secara purata 100,000 unit rumah perlu dibina bagi
memenuhi permintaan rakyat di negeri ini.


“Ini merupakan satu pertumbuhan ekonomi di negeri ini dan Kerajaan Negeri akan
mempercepatkan permohonan kepada pemaju-pemaju bagi melaksanakan projek perumahan
dan Rancangan Tempatan turut diluluskan mengikut zon-zon komersial,” jelasnya.


Bagi memenuhi keperluan rakyat, ujarnya, daerah-daerah lain juga turut dibangunkan dengan
projek perumahan dalam usaha memberi keselesaan kepada rakyat di negeri ini.


“Dengan adanya pusat pameran dan pemasaran hartanah, ia mampu memberi ruang kepada
pemaju-pemaju untuk mempromosikan projek perumahan yang terkini kepada rakyat,” katanya.


Sementara itu, Ketua Eksekutif PKNK, Dato’ Haji Abdul Rahmah Ibrahim dalam ucapannya
menjelaskan, semenjak diperbadanankan pada 25 Ogos 1965 di bawah Enakmen No.5/1965 Kerajaan Negeri Kedah, PKNK melalui anak-anak syarikat miliknya telah banyak terlibat dalam
projek-projek pembangunan seperti pembangunan hartanah, pembangunan komersial dan
industri, pelancongan, sektor perkhidmatan, sektor pembuatan dan pengeluaran, sektor
pembinaan dan kuari.


“Selaras dengan matlamat kprporat PKNK untuk meningkatkan prestasi Kumpulan, PKNK telah
menceburkan diri dalam bidang penjualan dan pemasaran hartanah melalui anak syarikat milik
penuh PKNK iaitu Darulaman Aset Sdn Bhd (DASB) dengan modal berbayar sebanyak
RM250,000,” ujarnya.


Beliau berkata, PKNK juga turut dilantik sebagai agensi peneraju perumahan di negeri ini bagi
melaksanakan projek-projek perumahan dengan penuh tanggungjawab untuk kemudahan
rakyat di negeri ini.


“Kita turut mewujudkan pusat pameran dan pemasaran hartanah bagi memberi peluang kepada
rakyat untuk memiliki rumah,” tambahnya.


dipetik dari Warta  Darul Aman