Persiapan rapi sambut lawatan rasmi Yang Di-Pertuan Agong
ALOR SETAR – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan melakukan lawatan rasmi selama tiga hari ke Kedah bermula 13 Mei ini.
Baginda berdua dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada jam 4.30 petang disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah.
Sejam selepas itu, baginda berdua dibawa ke Istana Tetamu di Mentaloon bagi majlis mengadap KDYMM Tuanku Sultan serta Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.
Pada sebelah malamnya baginda berdua akan menghadiri majlis jamuan negeri di Istana Anak Bukit.
Pada 14 Mei, sebelah pagi, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke pertandingan golf di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani.
Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah berangkat menaiki bot menyusuri Sungai Merbok seterusnya mengadakan lawatan di Muzium Peerhutanan, Gunung Jerai.
Pada sebelah malam, baginda berdua akan berangkat ke majlis jamuan rakyat di Dewan Wawasan, Jitra.
Pada 15 Mei, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan ke majlis taklimat pembangunan negeri di Wisma Darul Aman.
Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Bahiyah.
Persiapan rapi telah dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap semua program yang telah dirancang.-
Kawasan ini merupakan kawasan pertanian (padi)kelas I. Lapan puluh peratus daripada penduduknya adalah petani dan nelayan. Jumlah keseluruhan pengundi PRU12 adalah seramai 28102 orang.
KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13
TABUNG PEMBINAAN MARKAZ
Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.