Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 3 Sept: Keengganan kerajaan mengambil sebarang tindakan terhadap pendedahan-pendedahan yang berasaskan fakta di dalam media alternatif dilihat oleh rakyat sebagai perbuatan bersubahat. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang berkata, ada berita di dalam media alternatif yang benar, separuh benar dan liar. "Persoalannya, mengapa kerajaan enggan mengambil tindakan pantas dan tegas terhadap berita yang benar atau yang sebahagiannya benar? "Misalnya pendedahan mengenai apa yang dilakukan oleh (Tan Sri) Tajuddin Ramli ketika beliau menerajui MAS yang lengkap dengan dokumen mahkamah dan pelbagai dokumen lain. "Sudah tiga Perdana Menteri termasuk Najib, semuanya enggan mengambil tindakan terhadap Tajuddin walaupun rakyat menganggap sikap kerajaan itu perbuatan bersubahat," kata beliau. Bagi Mahfuz, Najib bukan sahaja kelihatan tidak tahu apa yang dimaksudkan sebagai benar, separuh benar dan liar malah tanpa segan silu pula menuntut rakyat supaya bijak menilai berita yang berpandukan fakta atau sebaliknya. "Rakyat dituntut bersikap bijak tetapi kerajaan sendiri tidak jujur apabila enggan mengambil tindakan terhadap pendedahan yang benar," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang bersetuju tulisan-tulisan yang liar diambil tindakan. Beliau memberi contoh dakwaan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini yang menyatakan hanya 40 peratus tulisan Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang mengandungi fakta. "Persoalannya, mengapa tidak ada sebarang tindakan dari kerajaan ekoran pendedahan di dalam 40 peratus tulisan Raja Petra yang disebut oleh Mukhriz mempunyai fakta itu? Adakah ia berkaitan dengan misteri pembunuhan Altantuya Shaariibuu?" Mahfuz mempersoalkan. Beliau juga mengingatkan Najib supaya jangan menjawab sesuka hati untuk mencari publisiti murahan dengan mendakwa berita yang disiarkan oleh media arus perdana lebih tepat kerana kononnya menjadikan fakta sebagai panduan. "Bukankah media perdana yang melaporkan dakwaan tanpa sebarang bukti Zam (Tan Sri Zainuddin Maidin) kononnya PAS meminta bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina tempatan selepas tragedi 13 Mei 1969. "Sedangkan fakta sejarah membuktikan Kelantan adalah negeri yang paling aman dalam tempoh rusuhan perkauman itu hasil inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan PAS yang memerintah negeri tersebut waktu itu. "Fakta apa yang menjadi panduan media arus perdana ketika menyiarkan berita Zam itu?" tanya Mahfuz |
Kawasan ini merupakan kawasan pertanian (padi)kelas I. Lapan puluh peratus daripada penduduknya adalah petani dan nelayan. Jumlah keseluruhan pengundi PRU12 adalah seramai 28102 orang.
KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13
TABUNG PEMBINAAN MARKAZ
Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.