KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg87XKikw39a3vJCvpdUibyX82iG1VlyvT2zjJPDJzXR6SuDPpZFLRriOKkjgYjQQA4w_abrhw3REDwa6cVYms0ZsyfspYyMsFroKxSZibPXpJV-LtA-6eGf30u73kGC11O39enUULmu-k/s760/header+poster+60thn-280911A+copy.jpg

03 September 2010

Kedah setuju Akta Pengurusan Sisa Pepejal

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah telah menyatakan persetujuan berhubung pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang akan dikuatkuasakan di seluruh negeri bermula tahun depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, berikutan itu, satu perjanjian akan ditandatangani antara Kerajaan Negeri dan syarikat konsesi yang dilantik untuk menguruskan pengurusan sampah di negeri ini, E-Idaman Sdn Bhd.

“Sekarang pelaksanaan tidak dibuat sepenuhnya, hanya bersifat interim. Tahun depan barulah Kerajaan Pusat ambil alih pengurusan sampah sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri,” katanya.

Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata, kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat ini diyakini dapat mengatasi masalah kutipan sampah di negeri ini yang masih belum mencapai tahap memuaskan.

“Kerjasama ini adalah untuk kepentingan rakyat. Tidak kiralah sama ada ianya ditadbir Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR), semua rakyat akan dapat menikmati kemudahan ini kelak,” katanya.

Chee Heung berkata, Kementeriannya akan turun padang ke seluruh negeri bagi mendapatkan persetujuan Kerajaan Negeri sebelum menandatangani perjanjian dengan semua PBT terlibat.

Menurutnya, setelah pengambil alihan dibuat, pihaknya yakin masalah kutipan sampah selesai kerana masalah yang ditimbulkan sebelum ini adalah disebabkan oleh pembayaran tidak penuh yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada E-Idaman.

“Jika pembayaran tepat pada masanya, prestasi pembersihan awam dan isu sampah akan selesai. Masalah pembayaran tidak akan berlaku lagi setelah berada di bawah tanggung jawab Kerajaan Pusat,” katanya.

Chee Heung berkata, pelaksanaan Akta itu bukan kerana mahu menyusahkan banyak pihak, sebaliknya dibuat agar dapat menyelaraskan pengurusan sisa pepejal supaya dapat mencapai tahap piawaian yang ditetapkan.

“Kita ada KPI untuk memantau pelaksanaan ini. Jika syarikat terbabit tidak buat kerja atau tidak capai KPI ditetapkan, pembayaran mereka akan ditolak,” katanya.