KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.

24 September 2010

JAMUAN RUMAH TERBUKA











Rumah terbuka YB Dato Ir. Hj. Phahrolrazi berjalan begitu lancar. Makanan dan minuman betul
ngam-ngam saja. Tahniah kepada AJK MTD dan PKWR. Ramailah kenalan, sahabat handai, ketua-ketua jabatan dan GLC serta pengundi-pengundi yang hadir. Orang ramai termasuklah MKK semua kaum, tak kira besar atau pun kecil. Mengenai makanan yang dihidang biasalah, ketupat, nasi himpit, laksa, laksam, bihun sup, bihun goreng, mee goreng, ais kacang, teh tarik, ais bandung dll. Tak ketinggalanlah sate kesukaan ramai. Dalam masa majlis berjalan tidak juga dilupakan pemberian wang raya kepada kanak-kanak. Berayalah katakan.










Memanglah tetamu undangan mestilah YAB Dato Seri Menteri besar Negeri Kedah Darul Aman yang datang tepat jam 4.00 petang bersama Datin Seri. Meriah, cuaca lagi baik. Bila semuanya sudah dikemas barulah hujan rahmat turun, alhamdulillah.