KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.

26 September 2010

JAMUAN RAYA EXCO Kedah YB Ir Pahrolradzi Mohd Zawawi MERIAH








Jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri anjuran Ecxo Kanan Kedah, YB Ir Pahrolradzi Mohd Zawawi di Taman Gunung Bayu, Lencongan Barat Alor Setar disambut meriah. Hampir 5000 tetamu dari pelbagai kaum hadir.

Jamuan yang bermula dari jam 2.00 hingga 5.00 petang itu juga dihadiri oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Kedah. Selain itu tidak ketinggalan juga pemimpin Kelab Penyokong PAS (KPP). Hadir sama 500 ahli dari Kelab Veteran PAS Kedah yang diketuai oleh Pengerusi Penajanya Haji Najib Fahmi Bin Yahya.

YB Ir Pahrolradzi melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kehadiran begitu ramai tetamu. Beliau merupakan antara pemimpin yang disebut-sebut oleh rakyat Kedah yang paling layak untuk menerajui Kerajaan Kedah dan bakal menggantikan YAB Azizan razak sebagai Menteri
Besar.