KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

18 Ogos 2010

Penyokong bukan Islam bertambah



ALOR SETAR - Pas mungkin akan meletak calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu di beberapa kawasan majoriti bukan Melayu di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke - 13.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, perkara itu akan diputuskan oleh Pas Pusat selepas rundingan dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain menerusi Jawatankuasa Pembahagian Kerusi yang dijangka akan diadakan penghujung bulan depan.

“Kita di negeri hanya mengkaji dari aspek keperluan dan keseimbangan. Keputusan muktamad akan dibuat Pas Pusat selepas berunding dengan rakan PR,” katanya.

Apa yang penting kata Ir Phahrolrazi ialah PR perlu menang besar untuk mengukuhkan pemerintahan negeri.

“Keputusan akan dibuat setelah mengambil kira faktor sokongan dan penerimaan pengundi selain pendirian rakan komponen PR. Kita akan kaji dengan teliti dan memberikan laporan yang tepat kepada Pas Pusat. Jika perlu, calon bukan Islam akan diletak bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu yang boleh memberikan PR kemenangan besar,” katanya.

Ir Phahrolrazi yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri berkata, peluang untuk ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) daripada kalangan bukan Islam untuk terpilih mungkin ada jika ketiga-tiga parti komponen, PKR, Pas dan DAP berpendapat peluang calon bukan Islam daripada Pas untuk menang lebih tinggi berbanding calon parti mereka.

“Ia bergantung sepenuhnya kepada keperluan parti dan PR. Saya tidak menafikan kemungkinan calon bukan Islam daripada Pas untuk diletakkan dalam pilihan raya memang ada,” katanya.

Ir Phahrolrazi berkata, tiada kuota yang ditetapkan untuk calon bukan Islam bertanding di negeri ini.

Beliau bagaimanapun yakin, sokongan ahli DHPP terhadap parti tidak akan terjejas di samping menyatakan peluang terpilih sebagai calon pilihan raya bukan objektif utama penyertaan mereka.

“Peningkatan bilangan penyertaan orang bukan Islam bersama Pas disebabkan mereka yakin dengan hala tuju perjuangan parti ini yang berlandaskan Islam dan bebas daripada rasuah.”

“Saya tidak nampak ketiadaan kuota calon bukan Islam akan menjadi satu masalah besar kepada DHPP,” katanya.