Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen sejuta tandatangan bagi membantah saman ekor di Bazar Ramadhan Keramat pada 23 Ogos ini bermula jam 5.00 petang. Timbalan ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, kempen tandatangan itu akan bergerak ke seluruh negara dan akan diserahkan kepada kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). "Kita dengar banyak rintihan rakyat tentang saman ekor hari ini, maka kita mengambil ketetapan untuk kumpul tandatangan bantah saman ekor dan kita akan serahkan jumlah seberapa banyak yang kita dapat dan kita juga akan gerakkan ke seluruh negara dan kita akan hantar kepada pihak yang berwajib," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, di sini, hari ini. Menurutnya juga, kempen berkenaan bersifat membantu Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang dipengerusikan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar namun ianya lebih mensasarkan golongan muda. "Dua perkara ini matlamatnya sama tapi dibuat oleh dua pihak. KASE di bawah PAS dan kempen ini inisiatif pemuda sendiri dan kami lebih fokus kepada orang muda kerana melibatkan banyak kenderaan khususnya motosikal yang dimiliki golongan muda," jelasnya. Beliau juga yakin kempen berkenaan akan mendapat sokongan ramai terutamanya pada musim perayaan Aidilfitri ini memandangkan rakyat menggunakan kenderaan dan lebuh raya untuk pulang beraya ke kampung masing-masing. Justeru, beliau menyeru semua pihak agar menurunkan tandatangan mereka sebagai tanda bantahan terhadap tindakan kerajaan yang disifatkan menganiayai rakyat itu. |
Kawasan ini merupakan kawasan pertanian (padi)kelas I. Lapan puluh peratus daripada penduduknya adalah petani dan nelayan. Jumlah keseluruhan pengundi PRU12 adalah seramai 28102 orang.
KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13
TABUNG PEMBINAAN MARKAZ
Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.