KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg87XKikw39a3vJCvpdUibyX82iG1VlyvT2zjJPDJzXR6SuDPpZFLRriOKkjgYjQQA4w_abrhw3REDwa6cVYms0ZsyfspYyMsFroKxSZibPXpJV-LtA-6eGf30u73kGC11O39enUULmu-k/s760/header+poster+60thn-280911A+copy.jpg

23 Julai 2010

Kedah elak projek mewah hadapi krisis ekonomi
Ali Hashim

ALOR SETAR, 22 Julai: Kerajaan negeri Kedah tidak akan terlibat dalam pembangunan apa-apa projek mewah di negeri ini untuk menjaga kepentingan ekonomi rakyat terbanyak.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak(gambar) berkata, langkah ini dibuat sebagai salah satu tindakan berjaga-jaga terhadap krisis ekonomi yang sedang melanda Eropah kini.

"Kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk menseimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negeri sebagai salah satu langkah ke arah menghadapi krisis ekonomi tersebut.

"Oleh kerana itu jugalah Kerajaan Negeri tidak memulakan projek mewah di negeri Kedah.

"Apa yang menjadi keutamaan kita ialah memastikan rakyat dapat hidup sejahtera dan sederhana," kata Azizan selepas mempengerusikan mesyuarat Exco semalam.

Namun begitu, Kedah bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi jika ia turut melanda negara dan Kedah bersiap sedia untuk menghadapinya.

"Dalam apa jua keadaan Kerajaan Negeri akan sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga demi kepentingan rakyat dan negeri ini,"kata beliau lagi.

Dalam pada itu, hubungan antara PAS, PKR dan DAP berjalan baik dan tiada menghadapi sebarang masalah samada dari segi komunikasi maupun kerjasama di negeri Kedah yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR).

Hubungan Pakatan baik

Menurut Azizan, dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan terdapat perpecahan dalam PR di Kedah adalah satu dakwaan yang tidak boleh dipercayai.

"Ketiga-tiga komponen parti dalam PR sedang giat membuat persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang tidak lama lagi.Malah desas-desus yang mengatakan terdapat pemimpin PKR tempatan yang akan keluar parti juga adakah dakwaan semata-mata.

"Apa yang menjadi keutamaan kita ialah untuk memberi perhatian terhadap pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Oleh kerana itu segala dakwaan dan desas-desus tidak akan menjadi satu prioriti kerana ia tidak banyak membawa manfaat kepada kita,"katanya.