KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

04 Mei 2010

YB Nasir enggan layan...

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa tidak akan tunduk pada desakan mana-mana pihak termasuk lima pertubuhan bukan kerajaan yang mengadakan sidang media di Sungai Petani semalam, menuntut beliau memohon ampun daripada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam tempoh 24 jam berhubung soalan yang dikemukakannya pada Sidang DUN minggu lalu.

Menurutnya, tuntutan pihak berkenaan tidak berkredibiliti, malah dilihat seolah mereka dipergunakan pihak tertentu demi kepentingan peribadi.

“Ini satu manipulasi politik murahan oleh pihak tertentu yang mengambil kesempatan berhubung isu ini. Malah saya andaikan NGO terbabit telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka,” katanya.

Mohd Nasir mengulas tuntutan Presiden Alternative Action Team, B Kalai Vanar yang mahu beliau menuntut maaf dalam tempoh 24 jam, dan jika enggan, satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan di Wisma Darul Aman selain tindakan menghantar memorandum kepada Yang di- Pertuan Agong mohon dilucutkan kewarganegaraan Mohd Nasir yang didakwa biadab kerana menyoal bidang kuasa Sultan Kedah.

Mohd Nasir berkata, beliau tidak faham mengapa NGO berkenaan masih mahu membesar-besarkan isu tersebut, sedangkan ia telah selesai setelah Tuanku Sultan sendiri dimaklumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berhubung kekeliruan isu itu, baru-baru ini.

“Saya tidak nampak kenapa harus isu ini diperbesarkan lagi, memandangkan soalan terbabit tidak bercanggah dengan Seksyen 36(8) Enakmen Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah, yang menyatakan sifat dan kelakuan Raja tidak boleh dipertikai, manakala soalan itu sekadar bertanya, sejauh mana kuasa Tuanku dihormati,” katanya.

Berikutan itu, Mohd Nasir bersedia bersemuka dengan mana-mana NGO yang masih kabur mengenai isu tersebut untuk merungkai salah faham yang timbul.

“Jika kurang jelas, eloklah berjumpa saya supaya dapat saya huraikan kekeliruan ini. Membuat bantahan dan tuntutan tidak berasas seperti itu tiada manfaatnya, dan saya tidak akan turuti tuntutan mereka,” katanya.

Mohd Nasir berkata, tindakan mereka itu hanya akan menimbulkan lebih banyak kekeliruan, selain dikhuatiri menjejaskan ketenteraman awam.

“Tiada sebab untuk saya penuhi tuntutan mereka, saya yakin NGO berkenaan telah dipergunakan oleh pihak tertentu. Tidak perlulah dilayan tuntutan itu kerana saya tidak mahu panjangkan lagi isu ini. Kemungkinan pemimpin NGO itu yang mahu meraih publisiti murahan,” katanya.

Mohd Nasir berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan isu itu yang telah dimanipulasi pihak tertentu yang berkepentingan peribadi