KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

04 Mei 2010

Draf ubah wajah Alor Setar dilancar



IR. PHAHROLRAZI Zawawi (dua kanan) meneliti Model Draf Rancangan Khas Pusat Bandar Alor Setar sambil diperhatikan oleh Khazali Din (dua kiri), semalam.


ALOR SETAR 3 Mei - Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pusat Bandar Alor Setar iaitu cadangan pembangunan moden dan terancang bandar raya ini dilancarkan hari ini bagi tujuan publisiti dan penyertaan awam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi berkata, penyediaan draf berkenaan merupakan inisiatif untuk membangunkan pusat bandar raya ini yang merupakan bandar tertua di negara ini yang kaya dengan nilai warisan dan sejarah.

Katanya, ia juga merupakan cadangan untuk meningkatkan imej daerah ini selaras dengan status bandar raya yang dicapai pada 2003 dengan melibatkan keluasan 354 hektar.

Draf itu melibatkan pusat perniagaan utama bandar raya ini dengan sempadan RKK itu meliputi Stadium Darul Aman di bahagian utara, rumah kelahiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (selatan), Sungai Anak Bukit (barat) dan landasan keretapi di sebelah timur.

"Pelbagai cadangan dirancang untuk membangunkan keseluruhan kawasan ini ke arah menjadikan Alor Setar bandar raya lestari selaras dengan wawasannya iaitu 'Alor Setar Bandar Raya Warisan Yang Indah dan Sejahtera'.

"Penyediaan RKK ini akan memperincikan pelan tindakan pembangunan dan program pelaksanaan bagi menjalankan projek pembangunan yang telah dirancang sehingga 2020," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RKK Alor Setar di sini hari ini. Hadir sama Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din.

Phahrolrazi berkata, hala tuju strategik pembangunan bandar raya ini pada masa depan turut mengambil kira perkembangan ekonomi yang sihat, pengukuhan imej, persekitaran yang selesa, penonjolan tarikan dan keunikan setempat, pengukuhan perkembangan ilmu serta sistem jaringan perhubungan yang lancar.

Bagi tujuan tersebut jelasnya, cadangan pembangunan utama berkenaan akan tertumpu di beberapa lokasi iaitu pesisiran Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit sebagai kawasan rekreasi air (Alor Setar Waterfront) serta pembangunan semula kawasan Limbong Kapal sebagai kawasan pusat tumpuan perniagaan utama.

Selain itu menurut beliau, usaha juga akan dilakukan untuk menaik taraf kawasan Pekan Rabu dan kawasan sekitarnya, membangunkan hab universiti dalam bandar di sekitar kawasan Pintu Sepuluh serta pemuliharaan kawasan warisan sejarah di Medan Bandar.

"Cadangan pembangunan turut melibatkan pengukuhan sistem pengurusan dan lalu lintas di pusat bandar," katanya.

Sehubungan itu Phahrolrazi memberitahu, menerusi draf RKK tersebut orang ramai diminta memberi pandangan, cadangan atau bantahan bagi memantapkan pelan pengurusannya sebelum ia diwartakan.

Draf RKK Pusat Bandar Alor Setar akan dipamerkan kepada umum untuk penyertaan dan bantahan awam di pekarangan ruang legar kompleks Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) selama sebulan mulai hari ini.