KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

28 Mei 2010

Ketua Kampung yang kreatif selesaikan isu rakyat


BALING – Penduduk Kampung Parit Panjang bertuah kerana memiliki ketua kampung yang berdaya maju serta kreatif dalam mempastikan mereka tidak terpinggir dalam menikmati kebajikan dan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat.

Ketua Kampung Parit Panjang, Saaidy Ismail, 47, telah mengambil inisiatif menggunakan mesin pencetak, fotokopi serta pengimbas bagi kemudahan mendaftar penduduk dengan e-Sinar. Mesin ini dibawa bersama ketika melawat penduduk dan dibantu oleh setiausahanya, Ahmad Tahir Janulabdeen.

Menurut beliau, sejak menggunakan mesin tersebut beliau dapat membantu penduduk kampung mendaftar e-Sinar yang mana pada awalnya mereka tidak mengendahkan kemudahan kebajikan tersebut.

Jika dahulu ketua kampung mengedar borang e-Sinar, dan penduduk yang menguruskan sendiri memenuhi syarat-syarat borang tersebut dan seterusnya kembalikan kepada ketua kampung, tetapi kini Saaidy yang menguruskan semuanya.

“Sejak bermulanya Skim Kafalah, saya dapati banyak penduduk yang masih tidak berdaftar dengan e-Sinar, jadi mereka tidak layak menerima skim tersebut. Jadi saya mengeluarkan sedikit belanja membeli mesin yang mempunyai tiga fungsu iaitu print, photostat dan scan.

“Mesin ini saya bawa menaiki motosikal apabila melawat penduduk, jadi mereka tidak perlu bersusah payah untuk buat fotokopi segala dokumen yang diperlukan bagi mendaftar e-Sinar, dengan ini mereka boleh berdaftar sekejap sahaja, saya selesaikan segala dokumen diperlukan pada masa saya melawat.

“Selain itu, saya juga berhasrat untuk memiliki projektor bagi memudahkan penyiaran kepada penduduk apabila saya sampaikan apa-apa taklimat mengenai pembangunan dan projek-projek kerajaan,” jelas beliau.

Beliau yang juga merupakan guru di Sekolah Madrasah Nurul Islah, Parit Panjang mempunyai hubungan baik dengan penghulu serta pegawai-pegawai kerajaan, yang mana banyak urusan pembangunan kampung memerlukan bantuan daripada pihak bertanggungjawab.

Setelah mengajar di sebelah pagi, beliau menjalankan rutin sebagai ketua kampung pada sebelah petang bagi memastikan penduduk di bawah seliaannya menerima pembelaan.

“Dalam merealisasikan Kedah Sejahtera, kita perlu bagi perkhidmatan yang telah diamanahkan untuk memastikan semua penduduk menerima pembangunan yang disediakan kerajaan.

“Walaupun ketua kampung, kita juga perlu mempunyai hubungan baik dengan pegawai kerajaan bagi memastikan segala maklumat mengenai pembangunan kerajaan bagi kesejahteraan rakyat dapat dimanfaatkan, kita jangan berasa malu untuk memohon pertolongan serta pendapat mereka,” jelas beliau.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini juga beliau berhasrat untuk menimba ilmu hingga ke peringkat diploma bagi memenuhi ilmu di dada.