KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

28 Mei 2010

Kerajaan Negeri Jalin Kerjasama Dengan Rehda Bina Web Untuk Perumahan Bagi Kemudahan Rakyat



ALOR SETAR 27 Mei - Kerajaan Kedah akan menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (Rehda) cawangan Kedah/Perlis untuk membuka laman web bagi kemudahan rakyat negeri ini.

Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir. Pahrolrazi Zawawi berkata, laman web itu akan memaparkan maklumat mengenai rumah-rumah yang sedang dalam pembinaan yang telah siap dibina dan sedia untuk dijual.

"Kita telah berbincang mengenai hal ini dengan pihak Rehda dan pihak kami sedang mengumpul data-data untuk dimasukkan ke dalam lama web tersebut.

"Laman web tersebut akan dibangunkan secepat mungkin untuk memberikan maklumat segera kepada rakyat yang ingin membeli rumah mengikut kemampuan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Ekspo Perumahan Malaysia (Mapex) 2010 peringkat negeri Kedah di Alor Star Mall di sini hari ini.

Menurut Pahrolrazi, dengan wujudnya laman web tersebut, rakyat yang berminat untuk membeli rumah di satu-satu kawasan tidak perlu lagi menunggu lama untuk mendapatkan maklumat mengenai rumah tersebut.

"Sekarang ini, pemaju hanya memasang papan tanda mengenai rumah-rumah yang akan dibina apabila kelulusan telah diperoleh daripada kerajaan negeri.

"Cara ini agak lambat dan selepas ini dengan adanya laman web ini, rakyat boleh mengakses data mengenai rumah-rumah di negeri ini dengan pantas," katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri juga mahu lebih ramai rakyat di negeri ini mampu memiliki rumah sendiri dan menggalakkan pemaju untuk membina rumah kos rendah yang mampu dimiliki oleh mereka yang kurang berkemampuan.

"Selain daripada membina rumah yang berharga ratusan ribu ringgit, pihak pemaju perlu membina rumah kos rendah untuk rakyat negeri ini kerana kerajaan mahu semua rakyat negeri ini memiliki rumah sendiri," jelasnya.