KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

22 April 2010

PKMMNK hanya mahu bodek BN ALOR SETAR - Kerajaan Negeri membidas Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah (PKMMNK) yang mendakwa kekuranga


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri membidas Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah (PKMMNK) yang mendakwa kekurangan projek daripada Kerajaan Negeri sejak dua tahun lalu menjadi punca kira-kira 600 kontraktor Kelas F di negeri ini hampir ‘gulung tikar’.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Pharolrazi Zawawi berkata, kenyataan itu adalah polemik politik semata-mata.

Menurutnya, jika benar dakwaan itu, mengapa PKMMNK tidak pernah merujuk kepada Kerajaan Negeri selama ini, terutama dalam isu kekurangan projek.

“Kerajaan Negeri mengakui kurang menawarkan tender projek kecil-kecilan untuk kontraktor Kelas F sejak kebelakangan ini ekoran kekurangan peruntukan bagi tujuan pembangunan yang sememangnya agak terhad.

“Masalah yang sama turut dihadapi oleh Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) dahulu apabila segala peruntukan untuk tender projek kecil-kecilan di peringkat daerah diamanahkan kepada Jabatan Pembangunan Negeri (ICU) oleh Kerajaan Pusat dan tidak lagi diuruskan oleh majlis daerah,” katanya..

Ir Phahrolrazi berkata, peruntukan pembangunan yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri, diserahkan kepada beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat bagi melancarkan pelaksanaan pembangunan yang dirancang.

“Justeru, tidak timbul isu Kerajaan Negeri berat sebelah dalam mengagihkan tender projek kepada kontraktor kecil di negeri ini,”katanya.

Ir Phahrolrazi berkata, tindakan PKMMNK menuding jari kepada Kerajaan Negeri berikutan masalah kekurangan projek dianggap tidak adil kerana peruntukan bagi membiayai kebanyakan projek mega dan kecil-kecilan di negeri ini paling banyak disalurkan oleh Kerajaan Pusat.

Menurutnya, PKMMNK seharusnya meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Kerajaan Pusat, bukan kepada Kerajaan Negeri kerana mereka juga terlibat secara langsung dalam menyempitkan peluang kontraktor Kelas F untuk meraih tender projek kecil-kecilan.

“Saya fikir tindakan PKMMNK menyerang Kerajaan Negeri tidak kena pada tempat kerana Kerajaan Pusat yang memainkan peranan dalam menentukan seberapa banyak peruntukan diagihkan untuk projek pembangunan di negeri ini melalui Unit Perancang Ekonomi (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

“Kesimpulan saya adalah PKMMNK hanya mahu main politik dalam isu ini untuk membodek BN semata-mata, bukannya benar-benar hendak tolong kira-kira 1,000 kontraktor kecil Kelas F di negeri ini,”katanya.

Ir Phahrolrazi berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan sifat terbuka dalam membincangkan apa jua masalah dengan mana-mana NGO di negeri ini dan meminta wakil PKMMNK untuk datang berjumpa dengan beliau dalam masa terdekat jika mereka benar-benar ikhlas hendak memperjuangkan masalah ahli persatuan itu dalam isu kekurangan projek.

“Saya minta mereka jangan hanya sekadar berpolitik untuk membodek pihak satu lagi (BN). Saya yakin, sekiranya masalah ini dibincangkan secara bersama, jalan penyelesaian mungkin dapat dicapai. Berhentilah melatah dan datang berjumpa dengan saya,” katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan hampir 60 peratus daripada kira-kira 1,000 kontraktor Kelas F yang mengkhususkan kepada kerja-kerja pembaikan paip dan saliran di Kedah mungkin terpaksa ‘gulung tikar’ kerana kurang mendapat projek daripada Kerajaan Negeri sejak dua tahun lalu.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Kedah, Mohd Fatahi Omar berkata, perkara itu menjadi semakin teruk selepas Kerajaan Negeri mengkorporatkan Jabatan Bekalan Air (JBA) kepada Syarikat Air Darul Aman (Sada).

Menurutnya, hanya sebilangan kontraktor tertentu sahaja yang mendapat faedah daripada pengkorporatan syarikat air itu manakala sebahagian besar lagi hanya sekadar melihat.