KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

31 Mac 2010

Hanya udara tidak mungkin diswastakan


Haji Norrashid Mohammad Said

Saya terpanggil untuk menyentuh mengenai cadangan penswastaan Jabatan Patologi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Salahuddin Ayub.

Saya ingin menyorot kembali kepada janji-janji yang telah dibuat oleh kerajaan BN pada dua kempen pilihan raya yang telah lalu iaitu pada tahun 1999 dan 2004.

Pada kedua-dua pilihan raya tersebut, kerajaan BN telah menjanjikan kepada rakyat bahawa KKM tidak akan sesekali diswastakan. Janji tersebut dibuat untuk mengambil hati rakyat yang pada ketika itu pihak pembangkang telah memainkan isu tersebut. Silalah rujuk kepada keratan akhbar pada tempoh kempen pilihan raya tersebut yang mana ianya secara jelas menyiarkan apa yang dikatakan oleh pimpinan BN pada ketika itu.

Namun begitu, apabila BN telah memenangi pilihan raya, penswataan dilakukan apabila Readycare mengambilalih tugas-tugas pembersihan yang mana rata-rata pekerjanya terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal dan India.

Kini, kerajaan BN ingin menswastakan pula Jabatan Patologi dan selepas ini kita percaya lain-lain bahagian juga tidak akan terlepas daripada tindakan penswastaan.

Apabila berlakunya penswastaan, secara tidak langsung, pesakit akan dikenakan caj begitu juga dengan kakitangan yang ada akan dikurangkan atau diserap ke jabatan-jabatan yang lain. Peluang pekerjaan akan terbatas kerana saya yakin, sepertimana juga apabila berlakunya penswastaan, tugas-tugas yang sedia ada akan diambilalih oleh rakyat asing dengan kos yang murah.

Apabila ini berlaku, peluang pekerjaan untuk rakyat akan terhad kerana syarikat pengendali akan lebih mementingkan keuntungan. Juga, kita harus maklum bahawa di mana-mana jua penswastaan, yang terlibat adalah terdiri daripada ahli-ahli politik yang mempunyai kepentingan.

Dengan kos sara hidup yang meningkat, peluang pekerjaan yang terhad dan penggangguran yang meningkat, saya merasakan bahawa kerajaan BN telah menyimpang jauh daripada slogan rakyat didahulukan.

Kalau beginilah caranya janji kerajaan, saya percaya rakyat akan menderita kerana tekanan hidup yang semakin meningkat. Saya harap usaha untuk menswastakan KKM ini tidak akan berlaku dan berharap pemimpin-pemimpin BN lihatlah kembali akan janji-janji yang telah dibuat pada pilihan raya tersebut demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita. Janganlah hanya kerana kepentingan ahli politik, maka rakyat disusahkan. Saya berpegang kepada janji BN walaupun saya tidak mempercayainya.

Saya yakin, suatu hari nanti, sekolah-sekolah yang ada juga akan diswastakan dan hanya menunggu masa cadangan daripada ahli politik yang bijak pandai untuk mengekploitasikan. Yang tidak mungkin dapat diswastakan hanyalah udara kerana ianya tidak dapat dikawal oleh manusia.