KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.

28 Mac 2010

Gadis antara 50 penagih ditahan di Kuala Kedah

ALOR SETAR, 27 Mac (Bernama) -- Seorang gadis berusia 22 tahun adalah antara 50 orang ditahan dalam Operasi Tapis Bersepadu di sekitar Pelantar Siput, Kuala Kedah, dekat sini, hari ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supt Baharom Othman, berkata kesemua penagih berada dalam keadaan khayal ketika ditahan dalam operasi selama dua jam bermula 9.30 pagi tadi.

"Hampir 90 peratus daripada mereka yang ditahan adalah penagih tegar yang bekerja sebagai nelayan dan ada antara mereka pernah ditahan melebihi dua kali sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Kuala Kedah, dekat sini.

Katanya lima daripada penagih itu memiliki dadah jenis heroin.

Baharom berkata kesemua penagih yang ditahan itu berumur antara 22 sehingga 67 tahun dan mereka dipercayai memperoleh bekalan dadah dari Bukit Selambau, Sungai Petani.

"Kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk siasatan lanjut," katanya.-Bernama