KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

23 September 2008

Oleh Izwan Abdul Halim

ALOR STAR, 10 Julai – Kedah terus mengorak langkah memperkasakan sektor pertanian di negeri ini sejajar dengan hasratnya untuk menjadi sebuah negeri pertanian yang sering diungkapkan sebagai ‘Belanda Malaysia’.

Untuk itu, Jawatankuasa Kerja bagi empat sektor diwujudkan iaitu Sektor Pertanian, Sektor Pemasaran, Sektor Perikanan/Akuakultur dan Sektor Penternakan sekaligus menerajui halatuju, perancangan dan pelaksanaan di negeri ini.

Perkara itu dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Kerja Raya, Pertanian, Industri Asas Tani, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga Negeri, Ir. Phahrolrazi Zawawi dalam satu temubual selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri di Wisma Darul Aman baru-baru ini.

Menurut beliau, Syarikat Milik Kerajaan (GLC) yang terlibat langsung dengan pertanian adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) melalui perladangan getah dan kelapa sawit membabitkan keluasan tanah melebihi 22 ribu ekar yang diuruskan melalui Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah (KLPK).

Jelasnya, PKNK juga pada masa ini sedang berusaha menambahkan keluasan ladang disamping mula menceburi sektor penternakan.

“Kita juga memiliki Kedah Agro Industries Berhad (KAIB) yang bertanggungjawab mengenai projek-projek komersil pertanian dan penternakan.

“Sekarang ini kita sedang mengusahakan Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar Di Laut Terbuka di Pulau Langkawi dan akan melaksanakan Projek Ternakan Lembu Fidlot di Pendang, Projek Ladang Hutan Tani di Baling serta Projek Tanaman Jagung Manis di Kubang Pasu,” ujarnya menerangkan.

Jelas Ir. Phahrolrazi, projek-projek tersebut dijalankan secara usahasama dengan pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara.

Tambahnya lagi, projek di sektor pertanian yang akan dilaksanakan oleh kerajaan merupakan projek-projek perintis yang akan dinilai dari masa ke semasa.

“Jika berdaya maju projek akan diteruskan dan dibuka kepada peserta. Jika tidak berdaya maju akan berhenti dan cari pengusaha lain,” tegas beliau dengan maksud Kerajaan Negeri akan melibatkan penyertaan rakyat di dalam setiap projek yang berjaya.

Selain itu, pihaknya juga mewujudkan Mesyuarat Jawatankuasa Pertanian Peringkat Daerah yang akan menyelarasan aktiviti-aktiviti pertanian di peringkat daerah dan menerbitkan Buletin Sejahtera Tani.