KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.

02 Oktober 2011

Banyak Isu Tanah Diselesai


Jawatankuasa selesai isu tanah

ALOR SETAR - Penubuhan jawatankuasa tanah peringkat daerah tahun lalu, yang dipengerusikan pegawai daerah adalah pendekatan yang diambil Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah mengenai tanah di negeri ini.

Ahli Exco, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, semua permohonan pemilikan tanah akan diproses oleh jawatankuasa terbabit sebelum dikemukakan kepada Kerajaan Negeri.

“Justeru, pemohon boleh mengemukakan permohonan kepada jawatankuasa berkenaan, tetapi keutamaan adalah kepada peneroka yang sudah lama mengusahakan tanah terbabit dan bukannya peneroka baru.

“Ini cara kita membantu mereka dengan mewujudkan dasar yang sebelum ini tidak ada di bawah kepemimpinan terdahulu, bagi memudahkan proses dijalankan.

"Jika tiada masalah, permohonan mereka akan diluluskan,” katanya mengulas mengenai 80 penduduk kampung di Kuala Nerang yang menuntut janji Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu tanah di kawasan itu.

Menurutnya, beliau difahamkan bahawa tiada permohonan yang sampai kepada Kerajaan Negeri sehingga hari ini.

Beliau sehubungan itu meminta pemohon yang terlibat merujuknya dengan pejabat tanah di kawasan masing-masing.

“Saya tidak mempunyai butiran mengenai status tanah berkenaan, tetapi jika ia berkaitan dengan tanah Jabatan Hutan negeri atau mana-mana pihak, ia perlu mendapat kelulusan mereka terlebih dahulu.

“Kita berjanji untuk membuat satu dasar bagi membolehkan penduduk yang sudah lama menerokai tanah berkenaan mendapat hak milik, dan Kerajaan Negeri sudah menunaikan janji itu,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan, 80 penduduk di kawasan Sebapin, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, yang menjadi peneroka sejak 1983, mendakwa Kerajaan Negeri gagal memenuhi janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum 2008 iaitu untuk membantu menyelesaikan isu membabitkan 80 hektar tanah di kawasan terbabit.- Warta Darul Aman.