Rabu, 13 Julai 2011 09:47 | Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM | | |

Adalah menjadi dasar kerajaan negeri menjadikan negeri ini sebagai sifar setinggan terutamanya di Bandaraya Alor Setar dan Sungai Petani.
“Kerajaan buat satu dasar, bagi penduduk di Kedah tinggal dalam keadaan selesa, dapat rumah dan kemudahan yang sepatutnya.
“Pembangunan banyak berlaku, tetapi ada yang duduk dalam keadaan tak sempurna, tak ada saliran dan perparitan yang baik, jadi bila berlaku sesuatu bencana, seperti kebakaran, amat membahayakan, terutama mereka yang tinggal dalam kawasan setinggan, kerana susunan rumah yang terlalu rapat,” ujar beliau kepada penduduk.
YB Dato’ Ir Phahrolrazi menyatakan bahawa rancangan pembangunan Kampung Telok Yan dan Kampung Seberang Terus memerlukan persetujuan antara pihak kerajaan dan penduduk setempat.
Justeru, beliau menyarankan kepada penduduk agar menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk mencari satu kata putus bagaimanakah untuk membangunkan kawasan tersebut.
“Saya harap penyelesaian dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana kita (kerajaan) nak rakyat dalam keadaan tersusun,” ujar beliau.
Hadir sama pada dialog tersebut adalah wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri, Majlis Bandaraya Alor Setar, Pejabat Tanah Kota Setar, Bahagian Perumahan dan pemaju perumahan, Seri Temin Development Corporation.-WD