KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

25 Julai 2011

Pelancaran Zon WIFI Percuma & Penyampaian Bantuan Skim Kafalah Kawasan DUN Pengkalan Kundor

Saf Pemuda menyambut YB
Ahad, 24 julai 2011- Majlis Pelancaran Zon Wifi Percuma telah dilancarkan di Dewan Al-Amin, Telok Bagan. Dengan kehadiran Pemuda seramai hampir 30 orang  dari kawasan sekitar DUN turut memeriahkan majlis pelancaran petang kelmarin.

Zon Wifi yang diumumkan telah lama beroperasi sejak PAS mula menawan kedah, namun penstrukturan kearah lebih sistematik sedikit melewatkan pelancaran zon ini.

Antara Jawatankuasa
"Kawasan  Wifi percuma juga akan dicadangkan  ke kawasan-kawasan utama di dalam kawasan DUN Pengkalan Kundur bagi menarik minat dan sebagai alat kemudahan bagi pengguna IT di pinggir bandar"kata Ketua ICT MTD.

Dalam pada itu, YB Dato Phahrolrazi juga beranggapan memperluaskan kawasan wifi percuma akan membawa suasana berbeza pada masyarakat pinggir bandar sebagai contoh komunikasi tanpa had ,alat  sebaran maklumat dan penerimaan, transaksi mudah dan pantas.

kata aluan dari Pengarah Majlis




katanya lagi,Penggunaan internet juga telah membawa perubahan besar dalam pelbagai bidang, dan cukup jelas ialah perubahan politik kesan kebangkitan rakyat melalui medium internet di beberapa negara antaranya Tunisia, Mesir.


kehadiran tetamu

Zon wifi yang dilancarkan ini sedikit sebanyak diharap dimanfaatkan sepenuhnya, serta menjana minda warga sekitar dari ketinggalan arus moden yang berkembang pesat.



Majlis telah disempurnakan dengan perasmian oleh YB Dato Phahrolrazi Zawawi beserta televideo conference bersama pelajar luar negara melalui skype.
sidang televideo bersama pelajar luar negara

Ketua ICT MTD tunjuk  cara pada  YB

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Bantuan Skim Kafalah kepada penerima dalam kawasan DUN Pengkalan Kundur. Antara penerima skim yang hadir adalah seramai 25 orang.

Setelah jamuan di akhir majlis ini, upacara pelepasan skuad Pemuda Sejahtera bermotor bagi mengedarkan flyer dan surat khabar Warta kedah di Tapak Pasar Simpang Empat.






gimik pemakaian vest pemuda sejahtera

antara barisa Pemuda Sejahtera





panerima bantuan skim kafalah


bersedia untuk dilepaskan

skuad nisa pun ambil bahagian sebar handbill