TRIPOLI 1 Mei — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi terselamat dalam serangan peluru berpandu NATO tetapi serangan dilancarkan semalam itu telah meragut nyawa anak bongsu dan tiga cucunya selain turut mencederakan sejumlah rakan dan saudara-maranya.
Muammar dan isterinya berada di rumah anak mereka Saif al-Arab Gaddafi 29 ketika premis itu menjadi sasaran satu peluru berpandu Nato demikian menurut jurucakap Libya Moussa Ibrahim.
Saif al-Arab anak keenam Muammar pernah belajar di sebuah universiti Jerman tetapi tidak
menghabiskan pengajiannya kata Moussa.
Pegawai-pegawai Libya membawa wartawan ke sebuah rumah satu tingkat di kawasan
kediaman elit.Sebahagian ruang atap rumah itu kelihatan musnah.
Moussa berkata vila itu diserang dengan hentaman yang kuat dirujuk kepada peluru
berpandu.
“Ini operasi langsung untuk membunuh pemimpin negara ini ” kata jurucakap itu.
“Pemimpin kami Muammar berada dalam keadaan sihat ” kata Moussa.
“Beliau tidak cedera Isterinya juga berada dalam keadaan sihat ” katanya dipetik laporan
media asing.
Dalam laporan disiarkan msnbc hari ini,Moussa berkata Saif al-Arab “sedang bermain
dan bercakap dengan bapa dan ibunya serta anak-anak saudaranya apabila dia diserang bagi
kesalahan yang dia tidak lakukan.
Selasa lalu,Setiausaha Pertahanan Britain Liam Fox dan rakan sejawatannya dari Amerika
Syarikat Robert Gates memberitahu pemberita di Pentagon bahawa pesawat-pesawat NATO
tidak menyasarkan Muammar secara khusus tetapi akan terus menyerang pusat-pusat
perintah tindakan ketenteraan.
Muammar ada tujuh anak lelaki dan seorang perempuan.
Pemimpin juga mempunyai seorang anak angkat yang terbunuh dalam tindakan ketenteraan
Amerika Syarikat ke atas kawasan kediamaannya di Bab al-Aziziya pada 1986.
Ibu Saif al-Arab adalah Safiya Farkash iaitu isteri kedua Muammar dan seorang bekas
jururawat.
Serangan semalam muncul beberapa jam selepas Muammar meminta agar diadakan
perundingan dengan kuasa-kuasa NATO bagi mengakhiri serangan ke atas Libya yang sudah
berlarutan hampir dua bulan.-MI
Kawasan ini merupakan kawasan pertanian (padi)kelas I. Lapan puluh peratus daripada penduduknya adalah petani dan nelayan. Jumlah keseluruhan pengundi PRU12 adalah seramai 28102 orang.
KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13
TABUNG PEMBINAAN MARKAZ
Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.