Lawatan kerja kali ini bertujuan menjelaskan isu tanah yang berkaitan dengan kg. ragut dan kaeng yang mula diketengahkan oleh Kerajaan Negeri.Daripada hasil aduan yang telah disuarakan oleh peneroka tanah mendapati,status tanah terbabit tidak dapat diberi hak milik kepada peneroka berikutan perjanjian yang temeterai antara badan kerajaan dan sebuah syarikat ketika pentadbiran dulu.
Kini masalah yang disuarakan mula dibincangkan didalam mesyuarat mingguan exco bagi mempercepatkan proses pemilikan tanah.
Pihak peneroka juga perlu mewujudkan satu jawatankuasa bagi merujuk sebarang maklumat pemohon dan menyelesaikan sebarang masalah kecil sebelum pengagihan tanah dibuat,ujarnya.
Katanya lagi sambil mengingatkan sebarang penerokaan tanah yang menjadi rizab kerajaan perlulah dielakkan supaya masalah sama tidak berulang. Ini kerana tanah rizab negeri kedah semakin berkurangan daripada had 1/3 tanah negeri yang perlu disimpan oleh setiap negeri bagi menghindarkan sebarang ketidaktentuan alam sekitar.
Mengenai Tanah Kaeng pula,Kerajaan Negeri sedaya upaya meneliti punca masalah dan akan bertindak segera.