5 Mac 2011- Ramah Mesra bersama Ahli Pas Kg. Perpat kurang 2 jam sedikit sebanyak dapat menyampaikan beberapa info terkini serta merungkai salah faham ahli terhadap masalah yang berlaku ketika ini.Dalam pada itu, ucapan tahniah dinyatakan kepada penduduk kg. perpat atas kesungguhan serta usaha ,mereka dapat membina sebuah surau melalui kutipan sesama ahli tanpa menunggu peruntukan dari kerajaan negeri.
Ucapan ringkas yang disampaikan oleh YB Ir. Phahrolrazi menyentuh berkaitan isu terkini kerajaan negeri. Seterusnya penyampaian sumbangan 'Khemah Kedah Sejahtera' oleh kerajaan negeri bagi kawasan Kg. Perpat sambil diterima oleh MKK Kg. Perpat .
Dari kg. Perpat Ke Sematang Gunung
Majlis kedua pada tengah hari ini diteruskan lagi dengan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS bg Cawangan Sematang Gunung kali ke-29, hadirin yang sabar menanti kehadiran YDP bagi merasmikan majlis tersebut tidak patah semangat walaupun waktu sudah menunjukkan 1.30 tengah hari.