KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.

11 Oktober 2010

Sahut cabaran: Setiausaha Politik MB lapor SPRM isu pembinaan loji air


http://www.wartakedah.net/images/stories/OGOS2010/sprm%20air.jpg

ALOR SETAR, 11 Oktober - Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar, Encik Muhammad Sanusi Md. Nor bersama Ketua dan Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyahut seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan berhubung dakwaan penyelewengan dalam kos pembinaan loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai oleh kerajaan terdahulu.

Pengarah SPRM Kedah baru-baru ini dipetik sebagai berkata, apabila laporan dilakukan barulah SPRM akan melakukan siasatan kerana SPRM tidak akan berbuat demikian berdasarkan laporan media.

Menurut Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Yahya laporan itu dibuat di hadapan Pengarah SPRM sendiri Datuk Idrus Jaafar dan terserahlah kepada SPRM untuk melakukan siasatan.

Katanya, laporan yang dibuat itu berdasarkan penyelewengan yang berlaku berkaitan pemberian kontrak pembinaan loji air di Padang Sanai di Daerah Padang Terap dan loji air Lubuk Buntar dalam Daerah Bandar Baharu.

Sebelum ini Menteri Besar telah mendedahkan bahawa harga loji pembersihan air di Padang Sanai yang diluluskan oleh kerajaan lalu berharga RM155 juta sedangkan harga sepatutnya mengikut piawaian hanya antara RM50 juta hingga RM60 juta sahaja. Begitu juga loji di Lubuk Buntar yang berharga RM65 juta, sedangkan harga sepatutnya antara RM25 hingga RM30 juta sahaja.

Berhubung isu dakwaan penyelewengan yang berlaku semasa kerajaan terdahulu, sebanyak dua kali laporan polis dan SPRM dibuat iaitu dakwaan pecah amanah yang berlaku dalam Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd dan Kedah Communication & Events.

Turut serta mengiringi Sanusi dan Ahmad Yahya ialah Ahli Dewan Undangan Bukit Lada YB Ahmad Izzat Mohamad Shauki dan Pegawai Khas Belia Ustaz Rusli Azmi.

Dewan Pemuda PAS Kedah Buat Laporan SPRM Berhubung Isu Air

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/ahmad_ketuapkedah.jpg

ALOR SETAR: Dewan Pemuda Pas Kedah pada Isnin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan berkaitan isu bekalan air di negeri ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya berkata laporan itu dibuat adalah atas inisiatif pergerakan itu dan bukan kerana arahan daripada mana-mana pihak.

"Kami dah buat laporan rasmi tentang penyelewengan isu air seperti mana yang disiarkan media sebelum ini dan kita serah sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di sini Isnin.

Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, Pegawai Khas Menteri Besar Rosli Azmi dan Anggota Dewan Undangan Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki.

Ahmad berkata laporan sebanyak dua muka surat itu diserahkan terus kepada Pengarah SPRM Kedah Datuk Idrus Jaafar di pejabatnya kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Baru-baru ini Idrus meminta kerajaan negeri Kedah atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai apa yang didakwa sebagai penyelewengan berhubung isu air di negeri itu supaya membuat laporan.

Beliau dilaporkan berkata tanpa maklumat lengkap pihaknya tidak boleh menjalankan siasatan kerana kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengenai perkara itu menerusi media adalah terlalu umum.

Sebelum itu, Azizan mendedahkan pihaknya sudah mengenal pasti banyak penyelewengan yang berlaku ketika pemerintahan Barisan Nasional membabitkan isu air dan setiap dakwaan adalah berasaskan fakta serta rekod dan beliau menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasatnya. - BERNAMA