KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

22 Oktober 2010

MB kesal cubaan cetus isu kuota

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kesal dengan tindakan MCA dan Pemuda Gerakan Kedah yang didakwa cuba mencetuskan isu perkauman dan hasutan berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri menetapkan kuota pemilikan rumah sehingga 70 peratus kepada Bumiputera di negeri ini.


Katanya, tindakan kedua-dua parti lawan itu tidak bijak dan tidak matang kerana dakwaan yang dibuat tidak berlandaskan fakta yang tepat.

“Saya kesal kerana apa yang kononnya didedahkan adalah syarat baru Kerajaan Negeri, sedangkan mereka buat kenyataan tanpa usul periksa. Saya tak pernah cadangkan seperti apa yang didakwa, sebaliknya pemaju yang menawarkan kenaikan kuota itu bagi meluluskan permohonan mereka,” katanya.

Azizan berkata, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenyataan beliau diputar belit pihak tertentu sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, yang terpengaruh dengan kenyataan yang disebarkan kedua-dua parti itu.

“Setelah saya menerima tiga surat yang dihantar kepada saya kononnya Kerajaan Negeri memaksa syarikat pemaju menaikkan kuota Bumiputera, saya sendiri siasat dan dapati mereka yang membuat tawaran itu supaya tidak rugi. Apabila kita bertolak ansur, mereka putar belit fakta pula,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, Kerajaan Negeri masih tertakluk kepada kuota sedia ada, iaitu 50-50 bagi tanah rizab Melayu yang ditukar ganti kepada pegangan bebas.

Azizan berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada pemaju tetapi tidak semua diberi kelulusan, ianya tertakluk kepada keperluan semasa.

“Sekiranya kita ubah polisi sedia ada, saya pasti akan umumkan supaya semua pihak tahu apa yang berlaku. Buat apa saya mahu sembunyikan perkara ini. Namun saya kesal kerana apa yang disebarkan tidak betul,” katanya.

Azizan turut menyelar Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew yang dikatakan tidak profesional dalam menangani isu ini.

“Veteran politik seperti beliau sepatutnya lebih matang bertindak untuk tangani isu rakyat, sebab dia orang lama dalam politik. Kenapa buat kenyataan melulu tanpa siasat dahulu perkara sebenar, ini menunjukkan ketidakcekapan beliau,” katanya.

Sebelum ini, MCA mendakwa Kerajaan Negeri telah menaikkan kuota pemilikan rumah untuk bumiputera daripada 50 peratus kepada 70 peratus.

Kenyataan itu turut disokong Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mendakwa melihat surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) yang menetapkan bahawa untuk mendapat kelulusan pembinaan perumahan, kuota untuk bumiputera mestilah sebanyak 70 peratus.