KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg87XKikw39a3vJCvpdUibyX82iG1VlyvT2zjJPDJzXR6SuDPpZFLRriOKkjgYjQQA4w_abrhw3REDwa6cVYms0ZsyfspYyMsFroKxSZibPXpJV-LtA-6eGf30u73kGC11O39enUULmu-k/s760/header+poster+60thn-280911A+copy.jpg

31 Oktober 2010

Ekonomi Kedah pada tahap baik


Ali Hashim

ALOR SETAR, 27 Okt: Kestabilan ekonomi Negeri Kedah memberikan keyakinan kepada institusi kewangan terutamanya perbankan untuk membuka lebih banyak lagi cawangan dalam negeri ini.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, ketika melancarkan bangunan baru EONCAP Islamic Bank Berhad cawangan Alor Setar di Jalan Pegawai, semalam.

Menurut beliau, lebih banyak cawangan perbankan akan membuka cawangan mereka di negeri ini kerana keyakinan terhadap kedudukan ekonomi serta strategi perancangan dan pelaksanaan yang dibawa oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri juga, katanya mengharapkan institusi kewangan tempatan untuk memacu kejayaan dengan membantu menjayakan matlamat ekonomi negeri.

Tambahnya, pertambahan permohonan bagi membuka cawangan perbankan di sini membuktikan bahawa pelabur yakin dengan peluang pelaburan yang akan mereka perolehi apabila membuat pelaburan dalam negeri Kedah.

"Sebenarnya penawaran produk yang ditawarkan oleh institusi perbankan tersebut adalah tarikan utama kearah pertumbuhan positif perbankan Islam jika dibandingkan dengan nilai rangkaian cawangan yang dibuka," katanya lagi.

Tambahnya, sistem perbankan dan kewangan Islam merupakan satu sistem kewangan pilihan yang bukan saja diterima oleh umat Islam bahkan ia menjadi suatu tarikan kepada masyarakat bukan Islam.

"Oleh kerana terbuktinya kejayaan sistem perbankan Islam tersebut, maka ianya mampu untuk berjaya bukan saja diperingkat tempatan malahan juga sehingga ke peringkat global apabila ia dapat memanfaatkan semua golongan masyarakat dan juga pelaburan yang telah dibuat," ujarnya lagi