Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 21 Sept: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh mendoakan seluruh murid tahun enam yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dapat menjawab soalan dengan baik dan diberi kejayaan yang cemerlang. Nuridah mengingatkan mereka agar menjaga kesihatan sepanjang tempoh peperiksaan yang bermula hari ini sehingga Khamis ini. "Kepada para pelajar saya ucapkan selamat menghadapi peperiksaan UPSR dengan tenang dan semoga berjaya dengan cemerlang. "Sepanjang musim peperiksaan ini jagalah kesihatan, tidur awal agar dapat bangun awal dan membuat persediaan rapi sebelum masuk ke dewan peperiksaan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini. Seramai 494,493 murid menduduki UPSR bermula hari ini hingga 23 September ini di seluruh negara. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran, dalam satu kenyataan semalam berkata daripada jumlah itu 373,190 murid adalah dari Sekolah Kebangsaan, 96,166 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 16,965 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Selebihnya adalah calon dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Melayu seramai 8,163 dan 9 orang dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Cina. Menurut kenyataan itu, peperiksaan akan diadakan di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara yang melibatkan 47,768 petugas peperiksaan. Nuridah yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan turut memberikan beberapa petua yang diamalkan sepanjang menghadapi peperiksaan. "Kalau boleh dapat amalkan masa kita keluar rumah, pandang langit dan doa yang bermaksud Allah Yang Maha Hidup, Yang Berdiri Sendiri, hujanilah daku dengan rahmat-Mu. "Dan sepanjang perjalanan bacalah surah Al-Insyirah banyak-banyak, selawat ke atas Nabi, dan minta ampun dari ibu bapa dan guru-guru," pesannya. Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar mengawasi anak-anak yang menduduki peperiksaan dan sentiasa mendoakan kejayaan mereka. |
Kawasan ini merupakan kawasan pertanian (padi)kelas I. Lapan puluh peratus daripada penduduknya adalah petani dan nelayan. Jumlah keseluruhan pengundi PRU12 adalah seramai 28102 orang.
KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13
TABUNG PEMBINAAN MARKAZ
Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.