KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

28 September 2010

Tiada projek Kerajaan Negeri terbengkalai

ALOR SETAR - Tiada projek pembangunan di bawah Kerajaan Negeri dilaporkan terbengkalai atau berdepan masalah kewangan, sebaliknya semua yang dirancang berjalan lancar.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beberapa projek yang terbengkalai di negeri ini bukan tanggungjawab Kerajaan Negeri, sebaliknya projek bawah Kerajaan Persekutuan.

“Mungkin ada beberapa projek dilihat belum siap atau lewat, tetapi semuanya bukan di bawah Kerajaan Negeri, antaranya pembinaan bangunan Ibu Pejabat Kontinjen Polis di Jalan Stadium,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri bukan sahaja memastikan semua projek tidak terbengkalai, malah membangunkan semula projek terdahulu yang terbengkalai ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), antaranya Plaza Tunku Yaakub.

Azizan berkata, semangat kerjasama semua pihak diperlukan dalam menjayakan projek pembangunan termasuk tahap kemajuan yang dicapai.

“Saya harap kontraktor yang diberi kepercayaan Kerajaan Negeri membangunkan projek pembangunan di sini secara komited . Saya minta mereka siapkan projek dan jangan sampai terbengkalai,” katanya kepada media selepas majlis pecah tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Pumpong, di Jalan Suka Menanti, semalam.

Menurutnya, SRJK (C) Pumpong yang dibina atas keluasan tanah 3.65 ekar dengan nilai tanah mencecah RM2.5 juta adalah bagi menggantikan tapak lama sekolah itu di Lebuhraya Sultan Abdul Halim.

“Tapak lama diambilalih oleh Kerajaan Negeri dan kita serahkan kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) serta Unit Perancang Bandar dan Desa untuk membangunkan kawasan itu,” katanya.

Azizan berkata, pihaknya amat menitikberatkan program pembangunan pendidikan dan akan menghulurkan sumbangan kewangan kepada SRJKC Pumpong bagi memastikan prasarana dan pembinaannya berjalan lancar.

“Sebelum ini, kita bagi sumbangan kepada tiga buah sekolah Cina, dan saya akan cuba pertingkatkan nilai sumbangan tertakluk kepada sumber kewangan negeri,” katanya.

Menurutnya, projek pembinaan sekolah ini adalah kesinambungan daripada usaha Kerajaan BN terdahulu, dan projek ini diteruskan kerana keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap pembangunan pendidikan di negeri ini.

“Apabila kita (Pakatan Rakyat) mentadbir Kedah, saya pastikan ada kesinambungan dalam projek-projek terdahulu supaya tiada masalah walaupun kerajaan bertukar tangan,” katanya.