KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.

14 September 2010

PKNK untung RM83.78 juta


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri tidak pernah menyalahgunakan sumber kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk tujuan politik termasuk bagi perbelanjaan parti Pas, sebaliknya semua peruntukan digunakan selaras dengan agenda asal penubuhan agensi itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pengerusi PKNK menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya perbadanan itu mengalami kerugian sejak diambil alih Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah.

“PKNK tidak pernah rugi sejak kita ambil alih pentadbiran, malah masih merupakan antara penyumbang terbesar kepada Kerajaan Negeri. Dakwaan kononnya PKNK rugi atau disalahgunakan untuk tujuan politik Pas tidak benar sama sekali,” katanya.

Azizan berkata, pada 2008, PKNK memperolehi keuntungan sebanyak RM83.78 juta dengan jumlah aset sebanyak RM1.84 bilion.

“PKNK menyumbang sekitar RM15 juta kepada Kerajaan Negeri tahun lalu. Antara sumbangan tahunan ialah kepada pasukan bola sepak Kedah sebanyak RM3 juta, selain pembinaan kampus induk Insaniah di Kuala Ketil oleh Kumpulan Bina Darulaman Berhad yang merupakan anak syarikat milik PKNK,” katanya.

Menurutnya, sebuah lagi anak syarikat milik PKNK yang memberi sumbangan besar kepada Kerajaan Negeri ialah Seri Temin Development Sdn Bhd yang membangunkan projek perumahan mampu milik ‘Taman Sejahtera’ di Jabi, Pokok Sena.

“Saya percaya pelabur yakin terhadap iklim pelaburan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri. Sebagai bukti, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) terus menerima pelaburan tambahan sebanyak RM1.58 bilion antara 2008 hingga 2009, selain pelaburan semula daripada pelabur sedia ada, antaranya First Solar RM1.29 juta, Intel RM230 juta dan Entegris RM36 juta,” katanya.

Azizan berkata, peruntukan untuk Tabung Dana Usahawan PKNK juga menunjukkan peningkatan, iaitu RM3 juta diperuntukkan bagi tabung itu pada tahun ini, berbanding RM2 juta tahun 2009 dan RM500,000 tahun 2008.

“Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sejumlah RM2.15 juta telah disalurkan kepada 105 usahawan dalam pelbagai bidang perniagaan, manakala tahun ini sejumlah RM749,000 disalurkan kepada 29 usahawan,” katanya.

Menurutnya, PKNK juga telah berjaya menaik taraf tiga hotel milik agensi itu, iaitu The Regency Alor Setar, The Regency Jerai Hill Resort di Gunung Jerai dan Sungai Petani Inn.

“Kita juga sedang melaksanakan beberapa projek baru iaitu Dataran Usahawan Alor Setar, Dataran Usahawan Sungai Petani dan Taman Halal Sungai Petani,” katanya.

Azizan berkata, pihaknya sedang meneliti agenda pengurusan PKNK pada masa depan bagi memantapkan lagi sumber kewangannya. Antaranya, bergiat lebih aktif dalam sektor pertanian komersil dan industri asas tani yang memberi pulangan lumayan, seperti perusahaan burung walit dan penanaman pokok gaharu.

“Sektor perladangan memberi sumbangan yang signifikan kepada pendapatan dan keuntungan PKNK. Oleh itu, kita sedang mengenal pasti ladang-ladang baru untuk dibeli terutama ladang kelapa sawit. Kita akan bergiat semula secara aktif dalam projek perumahan dan komersil dengan memajukan sendiri tanah-tanah milik PKNK yang berpotensi, antaranya di Baling, Hosba, Sungai Petani dan Padang Serai,” katanya.

Menurutnya, beberapa pembaharuan diperkenalkan antaranya, melaksanakan Sistem Maklumat Pengurusan (MIS) berkomputer terkini untuk mempercepatkan proses projek-projek PKNK, selain melantik Amanah Saham Kedah (ASK) sebagai pengurus dana untuk mengurus dana dan saham tersenarai milik PKNK secara lebih efisien.

“Kita turut memantapkan struktur organisasi dan pembangunan modal insan yang komprehensif dan holistik. Struktur organisasi yang mantap dibantu oleh warga kerja berkemahiran tinggi akan menjadikan PKNK bersedia menghadapi persaingan dalam ekonomi yang semakin kompetetif di peringkat nasional mahupun global,” katanya.

PKNK pernah menerima anugerah kecemerlangan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti pada 2008 yang bertaraf empat bintang daripada Jabatan Audit Negara. Ia tersenarai antara 20 jabatan/agensi kerajaan terbaik seluruh Malaysia yang menerima anugerah itu.