KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg87XKikw39a3vJCvpdUibyX82iG1VlyvT2zjJPDJzXR6SuDPpZFLRriOKkjgYjQQA4w_abrhw3REDwa6cVYms0ZsyfspYyMsFroKxSZibPXpJV-LtA-6eGf30u73kGC11O39enUULmu-k/s760/header+poster+60thn-280911A+copy.jpg

02 Ogos 2010

Tindakan polis halang rakyat bersuara


Mohd Ali Hashim

GEORGETOWN, 2 Ogos: Tindakan pihak polis menghalang orang ramai untuk mengadakan sambutan bagi memperingati 50 tahun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sudut Pidato, Padang Kota Lama, Esplanade malam tadi dikecam sebagai satu tindakan menghalang kebebasan rakyat untuk bersuara.

Pihak polis yang telah berkawal sejak siang lagi telah menutup laluan masuk ke kawasan Padang Kota berhadapan dengan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Pihak keselamatan yang beruniform dan cawangan khas turut memenuhi setiap ruang sekitar kawasan tersebut.

Menjelang jam 9 malam sepertimana yang dijangkakan, Darshan Singh yang juga merupakan peguam dalam kes penduduk Kampung Buah Pala telah ditangkap setelah dilarang meneruskan ucapan di sudut pidato tersebut.

Selepas itu, Choo Chan Kai, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut ditangkap setelah tidak mengendahkan larangan oleh pihak polis supaya tidak meneruskan ucapan menentang ISA.

Tidak lama kemudian, Kris Khaira yang juga dari PSM turut ditangkap apabila menghalang pihak polis membuat tangkapan ke atas dua aktivis tersebut.

Selepas itu, Ong jing Cheng yang juga aktivis Suaram Pulau Pinang ditangkap apabila cuba untuk memberi penjelasan kepada wartawan.

Mereka telah dibawa ke Balai Polis Jelutong bagi diambil kenyataan sebelum dibebaskan.

Dalam keadaan kelam kabut tersebut majlis yang sepatutnya berjalan dengan tenang dengan nyalaan lilin tidak dapat diteruskan setelah dihalang oleh ratusan anggota polis yang memenuhi ruang.

Manakala orang ramai yang hadir adalah kurang daripada jumlah anggota polis yang memenuhi ruang tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya PAS II Pulau Pinang, Rosidi Hussain ketika mengulas mengenai insiden tangkapan itu berkata, tindakan itu tidak akan mengkuburkan semangat rakyat yang ingin kebebasan sebaliknya ia menimbulkan rasa benci terhadap pihak polis dan pemerintah.

"Apa salahnya jika dibenarkan rakyat untuk melahirkan pendapat mereka mengenai akta yang sudah lama dipertikaikan keadilannya ini. Adalah wajar bagi pemerintah mendengar luahan masyarakat bawahan mengenai setiap perkara yang menyangkut keselamatan mereka.

"Saya yakin dengan tindakan zalim yang menangkap tanpa bicara ini akan membuatkan pemerintahan BN tidak akan bertahan lama dalam pilihan raya yang akan datang. Ini akan memberi satu imej buruk rakyat terhadap mereka selama berkuasa dalam negara ini," katanya.

Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar menyifatkan tindakan yang diambil oleh pihak polis bagi menghalang orang ramai bersuara dalam sambutan 50 tahun akta tersebut, mempamerkan dengan jelas ketidakadilan yang menjadi amalan Umno dan BN.

"Di negara ini untuk menegakkan keadilan juga akan ditangkap, apalagi untuk menghalang kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh pemerintah turut akan ditangkap tanpa bicara,” katanya.

Katanya, ISA melambangkan lumpuhnya demokrasi dalam negara.

“Dengan adanya akta ini juga ia membuktikan kepada kita bahawa sistem keadilan sudah lumpuh dan rakyat sedang dibelenggu dengan undang-undang yang menyekat mereka bersuara,” katanya.

Oleh itu, katanya pengajaran harus diberikan kepada Umno dan BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang supaya mereka terus terkubur dari menjadi pemerintah dalam negara ini.