Beginilah khemah yang tersedia hidangan kuih -muih dan masih lagi kelihatan petugas mengambil makanan untuk disusun di atas meja. Juadah berbuka ini termasuklah nasi berlaukkan gulai daging, ayam goreng dan sayur campur udang.
Sebelum waktu berbuka tiba sempat juga diselitkan suatu majlis sumbangan kepada anak yatim yang tersenarai di Cawangan Pas Alor Serdang. Yang Berhormat Datuk kelihatan beramah mesra dengan salah seorang dari anak-anak yatim tersebut.
Beginilah rupa surau Alor Serdang yang sudah uzor dimamah usia. Di sinilah tempat penduduk setempat sembahyang berjemaah bukan sahaja solat tarawikh bahkan solat waktu. Surau ini memang diimarahkan sepanjang masa, maklumlah di sebelahnya terdapat rumah seorang ustaz yang sangat berdikari dan disegani.