Kawasan ini merupakan kawasan pertanian (padi)kelas I. Lapan puluh peratus daripada penduduknya adalah petani dan nelayan. Jumlah keseluruhan pengundi PRU12 adalah seramai 28102 orang.
KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13
TABUNG PEMBINAAN MARKAZ
Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
Halaman
24 Ogos 2010
Petani Bimbang pendapatan terjejas
BUKIT RAYA – Lebih 100 petani di sekitar kawasan ini mahu Syarikat Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) mengambil tindakan segera bagi menangani isu pemotongan jumlah timbangan padi yang dikatakan tidak munasabah sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian ribuan ringgit.
Sinar Harian dimaklumkan oleh petani di kawasan ini bahawa kebanyakan daripada mereka di sini terjejas sumber pendapatan disebabkan masalah berkenaan kerana sebelum ini Bernas hanya melakukan pemotongan timbangan sebanyak 17 kilogram bagi setiap 100 kilogram padi.
Selain itu, pemotongan sebanyak 17 kilogram yang dilakukan sebelum ini adalah sama seperti syarikat swasta lain tetapi pada musim menuai padi sekitar Julai lalu pihak Bernas telah membuat pemotongan timbangan sebanyak 28 kilogram sehingga 30 kilogram bagi setiap 100 kilogram padi dan ini menyebabkan pendapatan yang biasa diperoleh petani sekitar RM1,050 bagi satu tan tidak kesampaian.
Petani, Abdullah Samsuddin, 57, yang juga penjual setia Bernas berkata, tindakan pemotongan timbangan padi yang dilakukan bernas adalah tidak wajar kerana menjejaskan pendapatan mereka memandangkan kos mengusahakan tanaman padi bagi setiap musim adalah tinggi.
Menurutnya, tindakan itu adalah tidak wajar kerana membebankan petani terutamanya golongan Melayu yang sering menjual padi di situ.
“Tindakan itu adalah tidak wajar kerana petani di kawasan ini terutamanya petani Melayu begitu bergantung harap kepada Bernas, namun tindakan ini menyebabkan segelintir petani terpaksa menjual padi di kilang lain kerana kadar pemotongan timbangan yang dikenakan adalah rendah.
“Petani yang setia juga masih menjual padi kepada Bernas disebabkan jumlah hutang antara petani dengan Bernas masih banyak,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi petani, Omar Abdullah, 70, berkata, Bernas tidak wajar mengambil tindakan begitu kepada petani demi memastikan syarikat terbabit terus maju dan menjadi pilihan setiap petani.
“Kebanyakan petani mengusahakan tanaman padi secara sewa dan jumlah sewa juga tinggi, namun hasil pendapatan yang diperoleh adalah sikit sehingga banyak petani terpaksa berhutang.
“Pihak berkenaan harus berfikir kerana kos mengusahakan tanaman padi begitu tinggi pada masa sekarang tetapi pendapatan yang diperoleh tidak mampu untuk menanggung keluarga memandangkan kebanyakan anak-anak petani masih lagi belajar,” katanya.
Sementara itu, bagi Abd Rahman Latif, 50, pendapatan yang diperoleh adalah tidak mencukupi untuk menanggung lapan anak yang masih belajar memandangkan dia hanya bergantung pada sumber pendapatan sebagai petani sahaja.
“Pihak berkenaan sepatutnya mengetahui bahawa keadaan cuaca pada tahun ini menyebabkan kualiti padi yang diperoleh petani adalah tidak baik.
“Petani mengalami kesusahan untuk mengusahakan tanaman padi dari proses mula tanaman sehingga padi dituai dan pihak berkenaan harus berfikir perkara itu serta tidak bertindak melakukan pemotongan timbangan padi terlalu tinggi,” katanya.