http://episodeperjuangan.blogspot.com/ |
1. Ramadhan adalah Sebuah Madrasah at Tadhribiyyah ar Ruuhiyyah [ Latih tubi Spiritual ] untuk mendidik dan mengkaderkan ummah agar lahir generasi yang beriman dan bertaqwa. 2. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah ayat : 183 jelas menggariskan Taqwa sebagai objektif utama dari pembentukan Madrasah Ramadhan tersebut. 3. Sebagai seorang muslim , sayugianya merebut peluang keemasan ini untuk menempat diri hampir di sisi Allah swt. 4. Terlebih layak bagi para pejuang dan pemuda - pemuda yang menjadi anggota Harakah Islamiyyah [PAS] . Mereka mestilah memiliki karamah ini sementara peluang hanya sekali dalam tempoh setahun . 5. Selain menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini , setiap pemuda mesti berikhtiar secara serius untuk meningkatkan prestasi pengabdian diri kepada Allah swt dengan menambah koleksi ibadah khusus , justeru ia adalah asas kekuatan dalaman bagi seorang pejuang sebelum ia mendepani cabaran dan halangan sukar di sepanjang jalan dakwah ini . 6. Capailah segala kelebihan yang dikurniakan Allah swt sempena Ramadhan Al Mubarak ini terutama penghayatan Ruuhul Jihad sehingga semangat Jihad Fi Sabilillah menjadi sebati dalam jiwa pemuda sebagai perisai ummah. 7. Tentu saja menjalani kehidupan dalam suasana ubudiyatillah [ pengabdian diri kepada Allah ] seperti di bulan mulia ini memudahkan kita mencapai prestasi tertinggi sebagai hamba yang taat dan bertaqwa . Pejuang yang taat dan bertaqwa mempunyai kedudukan yang hampir dengan Allah swt. Sementara kedudukannya yang hampir itu membuatkan doanya mustajab [ diterima Allah swt ] dan munajatnya maqbul . 8. Doa dan munajat yang mustajab serta maqbul ini adalah antara senjata yang paling berkesan untuk dibawa ke tengah medan juang terutama apabila berdepan dengan musuh yang begitu licik dan liat untuk ditewaskan . Sementelah pula berdepan dengan musuh disaat kita telah kehabisan daya dan upaya juga di saat kehilangan taktik dan teknik serta kehabisan strategi untuk diaplikasi . 9. Perjuangan Islam yang kita dokong hari ini sangat memerlukan pemuda yang hebat dan mantap spiritual disamping memiliki kekuatan peribadi dan ketinggian akhlak . Perjuangan ini juga memerlukan pemuda yang memiliki fikrah yang jelas dan penghayatan yang sempurna terhadap tasawwur amal Islami . 10. Mudah - mudahan Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup kita. Saya mewakili EXCO DPPP dan seluruh warga DPP mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak . Semoga kita direstui Allah swt. Selamat berjuang . Ramadhan Kareem ! Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, |
Kawasan ini merupakan kawasan pertanian (padi)kelas I. Lapan puluh peratus daripada penduduknya adalah petani dan nelayan. Jumlah keseluruhan pengundi PRU12 adalah seramai 28102 orang.
KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13
TABUNG PEMBINAAN MARKAZ
Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.