KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg87XKikw39a3vJCvpdUibyX82iG1VlyvT2zjJPDJzXR6SuDPpZFLRriOKkjgYjQQA4w_abrhw3REDwa6cVYms0ZsyfspYyMsFroKxSZibPXpJV-LtA-6eGf30u73kGC11O39enUULmu-k/s760/header+poster+60thn-280911A+copy.jpg

22 Ogos 2010

MAJLIS SUMBANGAN KEPADA MASJID DAN SURAU

Bertempat di Masjid Batu 6, Kampung Benua berhampiran dengan pekan Simpang Empat Kangkong, berlangsung satu majlis penyerahan wang sumbangan kepada masjid-masjid dan surau-surau di seluruh DUN PENGKALAN KUNDUR. Majlis bermula pada pukul 6.00 petang hari Sabtu 21 Ogos 2010 yang dihadiri oleh semua wakil-wakil penerima sebagai yang dinyatakan dalam surat jemputan.

Kelihatan Yang Berhormat Dato Ir. Hj. Phahrolrazi bin Hj. Zawawi sedang berucap dan memberi kata-kata perangsang betapa pentingnya institusi masjid dan surau dijadikan tempat berhimpun bagi semua penduduk yang beragama Islam dalam menjaga Islamnya dari terhakis terutamanya bagi remaja atau orang muda yang kebelakangan ini semakin pudar imannya.

Di dalam gambar ini kelihatan seorang bendahari salah sebuah masjid sedang menerima sumbangan daripada Yang Berhormat Datuk.

Ini pula ialah wakil dari Masjid Padang Jambu, Jalan Kangkong.

Yang ini wakil dari Masjid Kampung Tengah Telok Bagan.

Dengan sumbangan yang tidak seberapa ini diharapkan pihak masjid atau surau dapatlah mengadakan majlis berbuka puasa atau more di tempat masing-masing.