KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.

09 Ogos 2010

Amalan korupsi Umno, punca Soi Lek keliru

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Kegagalan Umno BN mengimplementasi Islam sebenar punca Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek salah faham tentang Islam.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (gambar) berkata, amalan korupsi dan penyalahgunaan kuasa Umno telah menyebabkan Islam disalah tafsir oleh bukan Islam termasuk Soi Lek.

"Fakta-fakta yang dikemukakan oleh beliau bukan kerana kecacatan dan ketempangan Islam.

"Bahkan ia adalah kesilapan pemerintah yang mengamalkan korupsi dan penyelewengan kuasa kerana gagal mengimplementasikan prinsip-prinsip Islam dalam pentadbiran negara," katanya.

Soi Lek sebelum ini mendakwa bahawa PAS dan Umno telah menggunakan Islam sebagai alat untuk meraih sokongan dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia.

PAS, kata Nasharudin begitu terkilan dengan pandangan Soi Lek terhadap Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak dari penubuhannya sehingga ke hari ini dan seterusnya.

"Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah Islam yang tulen dan diambil daripada sumber-sumber yang benar dan ia adalah agama yang menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat," katanya.

Umat Islam jelasnya diwajibkan untuk berdakwah samada kepada bangsa Melayu, Cina, India dan seluruh manusia agar Islam terus dimartabatkan dan disanjung tinggi.

Manakala dakwah kepada orang Melayu adalah yang paling utama memandangkan mereka telah beragama Islam dan ia merupakan sasaran dakwah yang perlu diberikan perhatian serius pada hari ini.

"Saya selaku Timbalan Presiden PAS terpanggil untuk bertemu dan menerangkan intipati Islam yang sebenar kepada Datuk Chua Soi Lek.

"Saya percaya Islam mempunyai solusi-solusi terhadap pemasalahan yang berlaku. Malah, PAS sendiri telah menggagaskan agenda ‘Islam Untuk Semua’, ‘Islam Memimpin Perubahan’ dan ‘Islam Adil Untuk Semua’ kerana berkeyakinan bahawa hanya Islam yang mampu menyelamat manusia di dunia dan di akhirat," katanya