Nampaknya Nasib Harakah Akan Sama Seperti Suara Keadilan Permit Dah Tamat, KDN Masih Belum Perbaharui....
Seperti 'rakannya' Suara Keadilan, sidang pengarang lidah rasmi PASjuga akan tetap menerbitkan akhbar mereka - Harakah - seperti biasa walaupun permit penerbitannya tamat semalam.
Pemangku Ketua Pengarang Harakah Taufek Yahya berkata pihaknya membuat keputusan itu memandangkan surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baru diterimanya tengah hari ini tidak melarang tindakan itu.
"Kita cetak macam biasalah. Dalam surat itu dia tidak halang kita cetak," katanya.
Harakah hari ini dilaporkan diberi tujuh hari mulai kelmarin bagi menjawab surat tunjuk sebabdaripada KDN berhubung pelbagai isu berkaitan syarat penerbitan termasuk kegagalan menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dipetik berkata kegagalan akhbar itu menjelaskannya dengan memuaskan boleh menyebabkan permohonan permit penerbitannya yang tamat semalam menemui masalah.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Taufek berkata akhbar dua kali seminggu itu akan berada dalam pasaran pada Isnin depan.
"Edisi Jumaat telah pun dicetak dan diedarkan," kata Taufek yang mendakwa telah empat bulan memohon memperbaharui semula permit penerbitannya.
Katanya, kali terakhir pihaknya berhubung dengan KDN pada minggu lalu tetapi dimaklumkan bahawa ia masih "belum siap".
Semalam Pengarah strategi PKR Tian Chua berkata Suara Keadilan - akhbar rasmi PKR - akan diterbitkan seperti biasa walaupun menghadapi 'masalah' dengan KDN berhubung laporan muka depannya berjudul 'Felda Bankrap' minggu lalu.
Menurut Tian Chua, ia akan dicetak kerana "tidak ada arahan yang jelas untuk menghentikan pencetakannya".
Sejak tahun-tahun 90-an, akhbar pembangkang sering berdepan dengan kesukaran memperbaharui permit penerbitannya, dipercayai ekoran tulisannya yang dilihat tidak mesra kerajaan.