KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg87XKikw39a3vJCvpdUibyX82iG1VlyvT2zjJPDJzXR6SuDPpZFLRriOKkjgYjQQA4w_abrhw3REDwa6cVYms0ZsyfspYyMsFroKxSZibPXpJV-LtA-6eGf30u73kGC11O39enUULmu-k/s760/header+poster+60thn-280911A+copy.jpg

27 Julai 2010

MB Kedah Realitikan Janji2 Pilihanraya Umumkan Kenaikan Kadar Bantuan dan Tambahan Peruntukan Untuk Rakyat

PADANG TERAP, 27 Julai: Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah merealisasikan janji pilihan raya untuk menjadikan negeri itu sebagai sebuah negeri berkebajikan dengan mengumumkan kenaikan kadar minimum bantuan amnya mulai tahun hadapan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak(gambar) berkata, dalam usaha membantu golongan yang memerlukan, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan berjumlah RM14 juta pada tahun ini yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri itu.

Menurutnya, jumlah peruntukkan tersebut akan ditambah berikutan kerajaan menaikkan kadar minimum Bantuan Am Negeri kepada RM150 mulai tahun hadapan.

"Bajet 2011 akan datang, kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM1.6 juta untuk tujuan tersebut.

“Ini tentang kebajikan rakyat di mana orang miskin amat bergantung kepada pertolongan dan kita kena selesaikan masalah itu dengan secepat mungkin,” ucapnya pada Majlis Penyampaian Bantuan Am Kerajaan Negeri di perkarangan Pejabat Daerah Padang Terap, di sini, kelmarin.

Menurut Azizan lagi, kerajaan negeri juga turut menyediakan bantuan Skim Kafalah kepada keluarga si mati yang mendaftar melalui e-Sinar dan bantuan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam.

“Kita menyediakan bantuan itu kepada rakyat yang kurang berkemampuan tanpa mengira politik dan kita berharap bantuan yang diberikan itu dapat mengurangkan beban yang terpaksa dihadapi oleh keluarga terbabit,” jelasnya.

Katanya lagi, kerajaan juga akan memberi sumbangan kepada golongan guru agama di kampung-kampung yang banyak berjasa mendidik anak-anak bangsa di negeri itu.