KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.

07 Julai 2010

Maila kita bongkaq penyelewengan BN Kedah satu persatu [1]

Mari kita bongkar penyelewengan BN Kedah, satu persatu

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Pihak pembangkang telah menyebarkan secara meluas sebuah risalah bertajuk ‘Maila Kedah’. Secara umumnya risalah tersebut ‘membongkar penyelewengan’ kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, khususnya anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.

Setelah beberapa kali pembangkang Kedah diperlecehkan akibat kegagalan mereka berfungsi sebagai pembangkang, maka kali ini nampaknya mereka lebih serius dan bersungguh. Walaupun banyak fakta yang terkandung dalam risalah itu bohong, fitnah dan merapu, tetapi wajar mereka diberi penghargaan kerana mencuba untuk menjadi pembangkang. Bukan mudah untuk menyelami perwatakan sebagai pembangkang setelah separuh abad memerintah negeri.

Secara peribadi saya sudah lama menunggu saat seperti ini, bagi memberi peluang kita mendedahkan pula habis-habisan segala penyelewengan yang BN lakukan sewaktu berkuasa dahulu. Tanpa serangan mula yang agresif dari pihak pembangkang, maka melakukan serangan bertubi-tubi terhadap pembangkang hanya menjadikan parti yang berkuasa di negeri ini macam kaki buli pula.

Di antara tuduhan liar yang dibuat terhadap kerajaan Pakatan ialah kononnya Yiked Holdings telah memberikan kepada PAS sebanyak RM11.5 juta. Bayangkan wang sebanyak itu jika diagihkan kepada 15 kawasan PAS di Kedah, satu kawasan akan peroleh RM766 ribu. Oleh kerana orang PAS tak makan duit, maka semuanya akan dibelanja untuk program parti, maka dengan belanja sebesar itu Umno akan pupus terus di Kedah tak tinggal benih lagi. Itu logiknya.

Baki wang yang ditinggalkan pada Mac 2008 pun hanya tinggal kira-kira RM4 juta. Terdapat 29 buah anak syarikat diwujudkan di zaman BN di bawah Yiked Holdings walhal tidak berfungsi apa-apa pun. Kini sebahagian besarnya ditutup, cuma tinggal lima. Jika hari ini pembangkang kononnya kerajaan Pakatan wujudkan banyak syarikat baru tanpa operasi, maka ia tidak lebih dari usaha menutup tindakan mereka dulu. Macam pencuri jeritkan ‘pencuri’ pada orang lain, supaya orang tidak sangka yang jerit itu pencuri.

Memang pestasi Yiked Holdings lebih baik kini berbanding masa BN, tetapi untuk menjana keuntungan terkumpul melebihi RM11.5 juta untuk disumbangkan kepada mana-mana pihak sekalipun, amatlah tidak masuk akal.

Oleh kerana tuduhan penyelewengan RM11.5 juta itu adalah fitnah yang dicipta sesuka hati maka kita tidak perlu menjawabnya dengan serius. Fitnah mudah dibuat, kerana ia tidak perlukan bukti. Biarkan rakyat menilai kerendahan moral mereka dalam menabur fitnah. Lagi banyak mereka menfitnah lagi luas lubang kubur yang mereka gali untuk terjun dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sebaliknya, isu penyelewengan wang GLC untuk BN di zaman mereka berkuasa dahulu bukan satu fitnah. Ia boleh dibuktikan. Seri Temin Development Corporation (STDC) telah menyalahgunakan wang GLC tersebut untuk digunakan oleh parti politik BN. Menurut cabutan minit mesyuarat pengurusan STDC ke-2/2008 yang diadakan pada hari Ahad, 10hb Februari 2008 jam 10:20 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat STDC, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM1.7 juta bagi tujuan program "Pemimpin Bersama Rakyat" disetiap kawasan Parlimen di negeri Kedah Darul Aman. Ia adalah program politik; majlis berkempen untuk memenangkan BN dalam pilihanraya.

Cabutan minit ini telah ditandatangani oleh YB Dato’ Arifin Man (bekas ADUN- Bukit Lada) sebagai Timbalan Pengerusi STDC dan Datuk Syed Sobri Syed Hashim (belum YB lagi ketika itu) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif STDC.

Berikut adalah agihan wang yang telah dipersetujui:
1) Padang Terap 130,000.00
2) Kulim/Bandar Baharu, Sungai Petani, Langkawi – RM120,000.00 setiap bahagian
3) Pokok Sena, Jerlun, Baling, Alor Setar, Kuala Kedah, Sik, Jerai, Sungai Petani, Merbok, Padang Serai, Kubang Pasu dan Pendang – masing-masing mendapat RM110,000.00.

Jumlah 1,700,000.00 sumbangan ini diluluskan di dalam mesyuarat pengurusan STDC dan kemudiannya dipanjangkan kepada Lembaga Pengarah STDC untuk diluluskan. Perkara ini telah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah STDC melalui resolusi beredar ("circular resolution").

Resolusi beredar ini bertajuk "Resolusi Lembaga Pengarah Beredar Yang Dibuat Menurut Artikel No. 91 Tataurusan Syarikat".

Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah STDC yang menandatangani resolusi tersebut:
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Dato’ Ariffin Man, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Encik Zubir Zabidi, Encik Mohamad Radzi Ayob, Encik Mustafar Ahmad, Puan Marlia Abd. Latiff dan Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail. Semua mereka adalah pemimpin Umno.

Sekarang, STDC menerima taksiran cukai bagi tahun sebelum 2008 (di masa BN) sebanyak RM11 juta. GLC kini terpaksa menanggung beban yang ditinggalkan.

Oleh kerana fitnah yang terkandung dalam risalah pembangkang itu menyebut Yiked Holdings, maka elok kalau rakyat tahu bahawa penggunaan wang secara tidak wajar berlaku dalam anak Syarikat Yiked Holdings di zaman BN, iaitu Yiked Kuari Sdn Bhd (YKSB).

Semakan oleh sebuah badan audit mendapati pada tahun 2007 dan 2008 mereka telah membelanjakan sejumlah RM85,375 untuk membiayai kos hari keluarga yang diadakan di Hong Kong dan New Zealand. Kelulusan bagi kelulusan ini dibuat oleh Lembaga Pengarah dan tidak mendapat kebenaran atau pengesahan dalam mesyuarat agung.

Menurut Seksyen 132(2) Akta Syarikat 1965, pengarah syarikat tidak boleh menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapat manfaat bagi dirinya tanpa kebenaran atau pengesahan mesyuarat agung.

Di antara ahli lembaga pengarah YKSB ialah Dato’ Haji Arzmi Hamid (bekas ADUN BN Tanjung Dawai) dan Dato’ Haji Mohd Hadzir Ismail (Bekas ADUN BN Kuala Ketil).

Antara tuduhan yang dilemparkan dalam risalah haram pembangkang itu ialah kononnya PAS berkonspirasi untuk menjatuhkan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Dato’ Wira Rasli Basir.

Rasli dilantik di zaman PAS memerintah. Pelantikan sebagai SUK dibuat oleh Tuanku Sultan melalui nama yang dicadangkan oleh Menteri Besar. ADUN pembangkang tiada hak untuk mencadang. Bila Menteri Besar (dari Pakatan Rakyat) yang mencadang, maknanya beliaulah yang mahukan Rasli jadi SUK. Logikkah Kerajaan Pakatan buat konspirasi untuk jatuhkan SUK yang mereka sendiri naikkan?

Sebab itu jangan marah kalau saya katakan penulis risalah haram pembangkang itu banyak menggunakan kepala lutut dari kepala otak untuk berfikir.

(Nota: Lagi penyelewengan BN akan menyusul selepas ini)

ADMIN - terra nie punya kaluit kebas duit rakyat hangpa dok bangga lagi sokong BN...