Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 28 Julai: Ketetapan terbaru kerajaan yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan membenarkan guru sekolah berpolitik wajar dipersoal, kata Prof Dr. Abdul Aziz Bari(gambar). Bagi pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, ketetapan tersebut bakal menghakis profesionalisme serta prinsip kekecualian yang sepatutnya dihayati oleh setiap kakitangan kerajaan. "Prinsip kekecualian (neutrality) kakitangan perkhidmatan awam telahpun dihakis, patut diperkasakan selepas 50 tahun (merdeka), bukannya dihakis. "Kamu (Mohd Sidek) kata tentang transformasi perkhidmatan awam, reformasi besar-besaran profesionalisme, semua ini kamu yang perkenalkan, apa sebenarnya masej dia ini," kata beliau kepada Harakahdaily petang ini. Beliau yang juga dikenali sebagai pakar perlembagaan berkata, kakitangan awam sepatutnya fokus pada meningkatkan kualiti perkhidmatan awam masing-masing. Ini kerana, katanya, mereka secara prinsipnya dibayar gaji yang nyata hasil kutipan cukai daripada rakyat, bukannya parti-parti pemerintah mahupun opisisi. "Tak kiralah nak sertai parti politik pembangkang atau kerajaan, mereka perlu berhenti kerajaan rakyat membayar cukai dan cukai ini menjadi gaji mereka. "Tak boleh satu kaki dalam politik, satu kaki lagi dalam perkhidmatan awam, kalau nak berpolitik, berhenti," ujarnya. Pun begitu, beliau tidak bermaksud menghalang kebebasan individu untuk berpartisipasi dengan mana-mana parti politik, dengan syarat berhenti dari menjadi kakitangan perkhidmatan awam. Tambahnya, realiti dunia politik sekarang pun sebenarnya tidak memerlukan partisipasi langsung guru-guru sebagaimana pada era selepas merdeka. "Kalau dahulu, ya seseorang guru siswazah dipencenkan untuk sertai politik supaya menteri cerdik-cerdik sikit, sekarang siswazah sangat banyak, itu terlalu banyak menyimpang," tegasnya. Dari segi yang lain, katanya, mutu pengajaran di sekolah dijangka kian menurun ekoran guru-guru terbabit terbeban oleh tanggungjawab berpolitik di samping beban yang sedia ditanggung oleh mereka di luar waktu sekolah. "Sekarang ini pun sudah berlaku, perubatan kenaikan pangkat, isu PTP (kursus penilaian kenaikan pangkat), selepas ini mengampu dan macam-macam lagi mungkin berlaku," beliau menambah. "Profesyen perguruan sendiri banyak masalah, mengapa dia cakap macam ini, dia pegawai tadbir diplomat (PTD), dia bukannya guru," ujarnya. Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa ketetapan terbaru ini adalah hasrat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia sendiri demi menyelamatkan survival politik Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Umno nampaknya macam terdesak, sekarang ini dia cuba main politik di sekitar ini (guru-guru) pula. "Kerajaan ini dikawal oleh Umno, Umno tentu tahu apa yang sepatutnya dilakukan (pada kakitangan kerajaan)," katanya. |
Kawasan ini merupakan kawasan pertanian (padi)kelas I. Lapan puluh peratus daripada penduduknya adalah petani dan nelayan. Jumlah keseluruhan pengundi PRU12 adalah seramai 28102 orang.
KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13
TABUNG PEMBINAAN MARKAZ
Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.