KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

01 Jun 2010

Mari Kita Tunaikan Solat Hajat Di Seluruh Negara Malam Ini



PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau di seluruh negara menganjurkan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah malam ini bagi mendoakan keselamatan semua sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berharap solat hajat itu dapat diadakan serentak selepas solat Maghrib hari ini dan diteruskan selepas solat Jumaat ini.

"Pendekatan (solat hajat) itu perlu dilaksanakan segera bagi memohon perlindungan Allah kepada sukarelawan terbabit sama ada yang beragama Islam dan bukan Islam daripada kekejaman rejim Israel," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keganasan tentera Israel terhadap sukarelawan yang menaiki kapal "Mavi Marmara" yang terlibat dalam misi "Flotila Kebebasan" bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Wan Mohamad juga menasihatkan mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan perhimpunan bagi menzahirkan rasa marah mereka terhadap keganasan tentera Israel itu supaya terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Jakim, pihak berkuasa agama negeri serta polis.

"Kita boleh melahirkan rasa marah dan berhak merasa marah kepada pihak yang zalim. Bagaimanapun tindakan kita hendaklah selari dengan peraturan dan undang-undang sedia ada.

"Reaksi rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam sewajarnya melambangkan kematangan kita dalam menangani isu yang mencabar ini," katanya. - BERNAMA