KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.

24 Mei 2010

Umno sasar 100,000 pengundi baru tawan semula Kedah. PAS Sasar Lagi Banyak, Mana Boleh Habaq, Hujung Minggu Ni Ada Kejutan??..


KUALA LUMPUR, 24 Mei — Ketika ‘demam’ mendaftar pemilih semakin rancak di seluruh negara melibatkan pelbagai pihak, Umno Kedah meletakkan sasaran untuk menambah sekitar 100,000 pengundi baru dalam usaha merampas semula negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan sasaran itu dijanjikan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada pertemuan retreat Umno di Janda Baik dekat sini awal bulan ini.

Pemimpin-pemimpin Umno bahagian membentangkan laporan KPI enam bulan mereka kepada Perdana Menteri pada pertemuan itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Setiausaha Umno Kedah Datuk Ir Nawawi Ahmad tidak menolak perkara itu tetapi enggan memberikan angka tepat pengundi yang mereka sasarkan.

Beliau mengakui ada memberikan pendekatan dan strategi mereka untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kedah, salah satu negeri yang tercicir dari penguasaan BN pada pilihan raya umum 2008.

“Kami sasarkan sekitar 10 peratus daripada jumlah (pengundi) yang ada sekarang,” kata beliau tanpa memberikan butiran atas alasan ia masih dianggap sebagai strategi pihaknya.

Berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 319,000 warga Kedah yang berumur 21 tahun dan ke atas masih belum mengundi sebagai pemilih.

Daripada 11.16 juta pengundi yang ada sekarang, seramai 881,525 orang merupakan pemilih berdaftar di Kedah.

Seramai 4.44 juta rakyat negara ini belum mendaftar sebagai pemilih.

Bagaimanapun Nawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Kuah memberitahu, pihaknya dalam proses menggerakkan usaha menambah keahlian parti dan pada masa yang sama mahu menjadikan mereka sebagai pengundi.

“Usaha ini perlu tumpu untuk menjadikan mereka ahli Umno dan pada masa yang sama menjad pengundi,” kata beliau.

Ditanya sama ada usaha itu membabitkan kerjasama komponen terutama MIC dan MCA, Nawawi tidak menolak kemungkinan itu.

Bagaimanapun katanya, tanggungjawab itu dipikul Umno memandangkan lebih 70 peratus penduduk Kedah merupakan orang Melayu.

“Kini kira-kira enam peratus penduduk merupakan orang India dan 16 peratus lagi orang Cina, yang kebanyakannya tinggal di kawasan bandar. Mereka beri tumpuan di kawasan-kawasan bandar.

“Oleh itu, untuk menarik baki majoriti penduduk sebagai pengundi, Umno akan menjalankan usaha ini,” katanya.

Sehubungan itu kata Nawawi, beliau merasakan usaha mendaftar pemilih ini penting memandangkan kira-kira lima kerusi Dewan Undangan Negeri dimenangi Pakatan Rakyat dengan majoriti keseluruhan hanya sekitar 1,463 undi berbanding 666,000 undi yang dibuang pada Mac 2008.

“Sekiranya diambil dari sekitar 666,000 pengundi yang keluar mengundi, jumlah 1,463 bersamaan dengan sekitar dua peratus.

“Oleh itu kami merasakan jika dapat meningkatkan jumlah pengundi, kami yakin dapat menawan semula Kedah dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya dengan optimis.

Salah satu daripada lima kerusi yang BN tewas dengan perbezaan undi tipis ialah Tanjong Dawai. Wakil BN Arzmi Hamid kalah kepada calon PAS Abdullah Jusoh dengan perbezaan 79 undi.

SPR kini menyediakan pelbagai kemudahan untuk parti-parti politik mendaftar pemilih, antaranya melantik penolong pendaftar pemilih.

Setiap parti dibolehkan memilih dua wakil sebagai penolong pendaftar pemilih bagi setiap kerusi DUN.